MID NUFF

Lari Pecut

LARI PECUT

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

  • Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
  • Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut
  • Tangan digerakkan dengan pantas.
  • Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

TEKNIK MULAAN LARI PECUT

Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Mulaan gaya berdiri

Gaya ini seringkali diamalkan oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat.

  • Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula.
  • Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
  • Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan.
  • Condongkan badan ke hadapan.
  • Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
  • Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan kuat.
  • Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang tepat ke arah hadapan. (Rujuk kepada prinsip-prinsip asas lari pecut)

Comments

  1. salam bro, ade x nota prinsip asas larian?
    utk semua acara larian secara umum?
    harap dpt blas A.S.A.P,,,hu3

    ReplyDelete
  2. dah x pyah nk cri kt tmpat lain dah :D
    you are most thank you ya! :D :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI