MID NUFF

Peraturan Bola Baling

PEMAIN-PEMAIN

1. Biasanya mengandungi 12 orang pemain (sepuluh orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol). Bilangan maksimum, iaitu tujuh orang pemain hendaklah berada di dalam gelanggang (enam orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol). Lima orang pemain lain ialah pemain pengganti. Penjaga gol dibenarkan bermain sebagai pemain gelanggang dan pemain–pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol.

2. Sekurang-kurangnya lima orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah berada di kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh ditambah hingga ke tujuh orang, semasa perlawanan.

3. Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggang hanya dari tempat pengganti. Tempat duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan meja penjaga masa.

4. Jika seseorang pemain semasa bermain, menyeberangi atau melangkah keluar satu daripada garisan-garisan sempadan, tetapi dengan serta-merta memasuki semula ke dalam gelanggang, maka dia tidak dianggap sebagai meninggalkan gelanggang. Nota: Menyeberang atau melangkah garisan sempadan dengan tujuan mendapatkan kelebihan akan dihukum dengan memberikan balingan percuma kepada pihak lawan.

5. Pengganti dibenarkan menyambung permainan pada bila-bila masa tanpa memberitahu penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan padang terlebih dahulu sebelum penggantinya masuk.

6. Kesalahan penggantian akan dihukum dengan balingan percuma dan diambil dari tempat di mana pemain itu melakukan kesalahan. Selain itu, pemain berkenaan akan digantung selama 2 minit. Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan berhenti, pemain berkenaan akan digantung 2 minit dan permainan akan dimulakan dengan balingan percuma.

7. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa(seragam). Penjaga gol hendaklah memakai warna yang berasingan dengan pemain-pemain pasukannya dan pemain-pemain pasukan lawan. Pemain-pemain akan memakai nombor 1 hingga nombor 20. Nombor 1, 12 dan 16 dihadkan kepada penjaga gol sahaja. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan. Memakai gelang, jam tangan dan apa jua alat yang dianggap merbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan.

8. Hanya pemain-pemain pengganti dan pemain-pemain yang digantung serta empat orang pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di tempat penggantian.

9. Tiap-tiap ketua pasukan mesti memakai kain lengan dengan ukuran 4cm lebar dan warnanya mesti bertentangan dengan warna pakaian pemain itu.

10. Jika seorang pemain berdarah atau terdapat darah pada badannya, atau pakaiannya, pemain itu mesti meninggalkan gelanggang dengan serta merta dan digantikan supaya luka dan badannya dapat dirawat dan pakaiannya dapat dibersihkan sebelum masuk seula ke dalam gelanggang. Jika seorang pemain itu tidak mematuhi syarat di atas, dia dianggap sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan dan akan diberi amaran.

11. Dalam kes kecederaan, pengadil akan memberi kebenaran kepada dua orang pemain atau pegawai pasukan berkenaan masuk ke gelanggang untuk menolong pemain yang cedera itu.

PENCATAT DAN PENJAGA MASA

1. Pencatat hendaklah menyimpan rekod dan bersama-sama dengan penjaga masa mengawal pemain-pemain yang masuk ke gelanggang.

2. Penjaga masa akan mengawal:

a) Masa

b) Pemain-pemain pengganti yang masuk dan keluar dari kawasan permainan.

c) Masa penggantungan

d) Bersama-sama dengan pencatat, kemasukan pemain-pemain.

Penjaga masa hendaklah memberikan bunyi isyarat menandakan berakhirnya separuh masa pertama dan tamatnya permainan.

3. Apabila berlaku gangguan masa permainan, penjaga masa akan memberitahu pegawai-pegawai berapa lama masa bermain dan berapa lama masa yang tinggal.

4. Masa penggantungan bermula apabila pengadil meniup wisel untuk memulakan permainn dan akan berakhir selepas 2 minit.

5. Apabila balingan percuma atau balingan penalti diberi sebelum tamat kedua-dua masa permainan (atau masa tambahan), penjaga masa akan menunggu dan menentukan keputusan balingan itu sebelum memberikan isyarat akhir, walaupun tempoh permainan sudah tamat. Penjag masa akan memberi isyarat.

a) jika bola dibaling ke gol tanpa sebarang kesalahan, tidak kira sama ada bola terkena gol, penjaga gol atau pemain gelanggang daripada pasukan menahan.

b) Jika bola tidak berhenti di dalam gol atau ianya dihantar kepada pemain lain.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI