MID NUFF

Lontar Peluru (micro Teaching)

Pengajaran Mikro

v GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

PERSEDIAAN:

1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling.

2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.

3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan.

4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.

5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.

LUNSURAN:

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur.

2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan.

3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan.

4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.

5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan

MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.

2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk “parabola” yang cukup berkesan.

3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan

SELEPASMEMBALING/PEMULIHAN

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan.

2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.

3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.


Cara Latihan.

1. Beratur beramai – ramai dan bayangkan melontar tanpa menggunakan bola.

2. Menggengam bola getah dan cuba bayangkan melontar dengan gaya 90 darjah.

3. Melontar menggunakan bola getah ke hadapan dan cari balingan sesuai.

4. Biasakan diri dengan keberatan bola besi.

5. Cuba leretkan bola besi kehadapan.

6. Melontar peluru ke hadapan mengikut kesesuaian dan dengan sedaya upaya.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI