MID NUFF

Minit Mesyuarat (contoh)

Minit Mesyuarat Ahli JawatanKuasa (AJK)

NADI FSKTM 2006

Bil 03/06

Tarikh: 7 Februari 2006

Masa: 3.00pm

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan

Kehadiran: En. Nor Badrul Anuar Juma’at (Pengerusi/Penghulu)

Pn Azah Anir Norman

En. Emran Mohd Tamil

Pn. Wan Saripah Wan Sulaiman

En. Herman Shah Ramli

En. Mohd Yamani Idna Idris

Cik Norzainariah Md. Zaid

Cik Noraishah Abd. Latiff

En. Por Lip Yee

Cik Su Moon Ting

Tidak hadir (dengan maaf): En. Liew Chee Sun (kelas)

Pn Suraya Hamid (meeting)

No

Minit perkara

Tindakan

1

Pembukaan mesyuarat

Kata-kata aluan dari pengerusi, En. Nor Badrul Anuar Juma’at kepada semua ahli yang hadir

2

Perbincangan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2006 (aktiviti dikekalkan dari 2005)

Empat akitiviti dari tahun 2005 yang akan dikekalkan ke tahun 2006 seperti berikut:

  1. Gotong-royong dan Jamuan Teh (yang akan dijalankan sebanyak 2 kali setaip tahun):
  2. Jamuan Kongsi-Raya:
  3. Minggu Interaktif
  4. Pertandingan Bowling

Sila lihat LAMPIRAN 1, untuk senarai penuh aktiviti, “person-in-charge (PIC)“ dan tarikh-tarikh aktiviti dijangka akan dijalankan.

AJK terlibat

(sila lihat senarai LAMPIRAN 1)

3

Perbincangan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2006 (aktiviti-aktiviti baru)

Aktiviti-aktiviti baru yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam senarai aktiviti NADI bagi tahun 2006 adalah:

  1. Bengkel kemahiran penggunaan komputer dan bengkel kemahiran IT (pada cuti sekolah).

AJK NADI FSKTM (Azah, Suraya, Su Moon Ting dan Liew Chee Sun) perlu menyediakan kertas kerja/proposal untuk aktiviti ini. Perlukan sponsor bagi aktiviti ini bagi membantu kewangan NADI FSKTM. Kertas kerja perlu memberikan sedikit informasi tentang senarai kewangan.

Aktiviti-aktiviti lain yang dicadangkan pada mesyuarat tahunan lepas seperti:

  1. Klinik/Ceramah/Bengkel untuk anak-anak staff yang akan menduduki peperiksaan spt UPSR, PMR dan SPM
  2. Lawatan ke rumah kebajikan (cth. Rumah anak-anak yatim atau orang tua)
  3. Sesi motivasi pelajar FSKTM

akan dihentikan sementara dan telah dipersetujui oleh AJK yang hadir kerana masalah kesesuaian aktiviti dalam konteks NADI FSKTM

4

Cadangan aktiviti lain

a) Aktiviti “Paint Ball” telah dicadangkan oleh seorang pensyarah FSKTM. En. Herman telah ditugaskan untuk mencari maklumat tentang aktiviti ini.

b) Pertandingan Badminton Fakulti pada (16-Sept-2006, Sabtu) dijangka akan diadakan. Cik Norzainariah di tugaskan untuk menghantarkan e-mail untuk melihat sambutan terhadap aktiviti yang dicadangkan ini.

5

Kebajikan NADI FSKTM

Perbincangan tentang kos-kos terlibat dibawah kebajikan NADI telah diputuskan didalam mesyuarat. Ini untuk mengelakkan ketidakseimbangan dalam pembelian dan pemberian hadiah ataupun sumbangan kepada penerima. Senarai dipersetujui adalah seperti berikut:

a) Hadiah perkahwinan: RM100-RM150

b) Kelahiran anak pertama: RM35-RM50

c) Kematian (bagi keluarga terdekat): RM100

d) Kematian pelajar: RM100

e) Derma anak yatim atau staf sakit: RM50

f) Staf bersara atau berhenti kerja: tidak ditentukan (berdasarkan kutipan)

Bayaran bermula dari tahun 2005 akan dikutip mengikut Gred. Kakitangan mempunyai gred atas Gred 41 adalah RM5 sebulan dan kakitangan mempunyai gred dibawah Gred 41 adalah RM2 sebulan.

En. Emran akan bertanggungjawab mengutip wang dari pensyarah dan Puan Wan Saripah akan mengutip wang dari kumpulan sokongan.

6

Hal-hal lain

  1. Jawatankuasa tugas-tugas khas: telah diberi tanggungjawab membantu dalam menyediakan satu laman web untuk NADI FSKTM. Kemudahan ini diperlukan untuk menghebahkan berita atau informasi kepada semua staf FSKTM.
  2. Cadangan bagi menyediakan sedikit allocation untuk minuman bagi mesyuarat AJK NADI telah diberikan oleh En. Yamani

Mesyuarat Tahunan NADI FSKTM telah ditamatkan pada jam 4.30petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Azah Anir Norman

Setiausaha NADI FSKTM

Nor Badrul Anuar Juma’at

Penghulu NADI FSKTM

LAMPIRAN 1

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI NADI UNTUK TAHUN 2006

BIL

AKTIVITI

TARIKH DIJANGKAKAN

PIC

1

Gotong-royong dan Jamuan Teh (yang akan dijalankan sebanyak 2 kali setiap tahun)

23-JUN-2006 dan 15-DISEMBER-2006

En. Emran dan En. Por Lip Yee

2

Jamuan Kongsi-Raya

10-NOVEMBER-2006

Cik Aisyah

3

Minggu Interaktif

Seminggu selepas halasiswa

En Badrul dan En. Herman

4

Pertandingan Bowling

15-APRIL-2006

(Venue: Bukit Kiara)

En Yamani dan Cik Norzainariah

5

Pertandingan Badminton

16-SEPTEMBER-2006

Cik Norzainariah

6

Bengkel kemahiran penggunaan komputer dan bengkel kemahiran IT.

pada cuti sekolah

Pn. Azah, Pn. Suraya, Cik Su Moon Ting dan En. Liew Chee Sun

Comments

  1. thanx sbb post entry2 yg mcm ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. salam...
    minit mesyuarat yg ni format terbaru ato format lama?

    ReplyDelete
  3. ni format yang saya cari..sama macam buat report metim time jadi prefect kat skul dulu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak