Posts

Showing posts from 2011

MID NUFF

Nyatakan kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara?

. Nyatakan kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara? Pendidikan Jasmani perlu difahami oleh guru untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak. Ini dapat membangkitkan pembelajaran murid-murid secara inkuiri dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif. Dengan kefahaman tersebut, seseorang guru PJ juga berupaya mewujudkan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pengalaman yang seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam cara dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara. Kefahaman ini juga penting untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental, kawalan diri dan keyakinan diri kurid-murid. Ini dapat meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangunkan sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang berbeza. Selain itu, ini membolehkan setiap kanak-kanak dapat mengalami...

Jelaskan maksud main, permainan dan sukan.

Jelaskan maksud main, permainan dan sukan. Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur. Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan. Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pert...

Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Jasmani?

Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Jasmani? Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menumpukan kepada peningkatan pengetahuan, pengaruh sikap dan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti fizikal (senaman, sukan, permainan, menari, aktiviti akuatik dan pendidikan luar). Kesemua aktiviti ini dijalankan di kelas atau luar kelas secara formal atau tidak formal. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga merupakan satu proses di mana perubahan yang positif berlaku ke atas individu melalui pengalaman pergerakan. Pendidikan Jasmani ini adalah satu pendidikan melalui pergerakan yang memberi fokus kepada tiga domain iaitu psikomo...

KKBI Bola Baling, Kemahiran Asas Bola Baling

PENGENALAN             Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.             Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING Peringkat Kebangsaan (Malaysia)     ...