Nyatakan kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara?
. Nyatakan kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara? Pendidikan Jasmani perlu difahami oleh guru untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak. Ini dapat membangkitkan pembelajaran murid-murid secara inkuiri dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif. Dengan kefahaman tersebut, seseorang guru PJ juga berupaya mewujudkan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pengalaman yang seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam cara dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara. Kefahaman ini juga penting untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental, kawalan diri dan keyakinan diri kurid-murid. Ini dapat meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangunkan sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang berbeza. Selain itu, ini membolehkan setiap kanak-kanak dapat mengalami...