BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA
BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan kepada perpaduan dan intergrasi nasional. Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah