Posts

Showing posts with the label Nota Pendidikan Jasmani(PJ)

MID NUFF

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA            Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919  Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’. Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. ...

KKBI/KKP Lontar Peluru - full

LONTAR PELURU Pengenalan           Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu.           Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.     ...

KKBI/KKP Lompat Tinggi - Full

Image
LOMPAT TINGGI PENGENALAN Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai.  Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik.  Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.             Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi,  bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu  dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-      i)         Gaya Gunting (Scissors)     ii)         Gaya Eastern Cut-off    iii)       ...