Pengenalan Pertolongan Cemas
Pengenalan Pertolongan cemas pada masa kini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ianya sudah mula menjadi perhatian dan berada dalam pandangan umum. Tidak seperti zaman dahulu di mana pertolongan cemas dianggap sebagai satu bidang tugas bagi doktor atau pegawai perubatan sahaja. Kini, pertolongan cemas merupakan satu keperluan bagi setiap anggota masyarakat. Ini kerana, ia mendatangkan pelbagai manfaat yang berguna dan menguntungkan, bukan sahaja bagi individu itu sendiri malahan kepada masyarakat di sekelilingnya. Pendedahan berkaitan pertolongan cemas ini juga sudah diperluaskan sehingga ke peringkat institusi pendidikan, seperti di peringkat sekolah dan di peringkat pengajian tinggi. Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit. Konsep Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang y...