Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional.
Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara . Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memil...