Posts

Showing posts with the label Hubungan Etnik WAJ

MID NUFF

PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH

Image
PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH Dalam agama Sikh, perkahwinan atau   anand karaj   dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau   grihasth asram   adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggal...

Adat Resam Kaum Sikh

Aspek 1 : Adat Resam Kaum Sikh Adat resam merupakan satu perkara atau isu penting apabila kita ingin mengambarkan mengenai sesuatu kaum Setiap kaum atau etnik mempunyai adat resam mereka yang tersendiri, di mana kebanyakannya hampir sama dengan kaum yang lain, dan ada juga yang mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Begitu juga dengan kaum Sikh. Seperi yang kita semua maklum, komuniti atau jumlah masyarakat Sikh di Malaysia tidaklah sebesar jumlahnya seperti kaum-kaum utama yang lain seperti kaum Melayu, India dan Cina. Namun, kewujudan mereka dapat dirasai oleh kerana adat resam mereka yang unik dan menonjolkan keistimewaan kaum mereka. Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum atau norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Selain itu, adat resam merupakan peraturan yang telah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. (Noriati A.Rashid, Budaya dan pembelajaran, 2011). ...

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM MENJAMIN HUBUNGAN ANTARA KAUM

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM MENJAMIN HUBUNGAN  ANTARA KAUM (KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA) Perlembagaan ialah  peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan dan prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.  Ia merupakan sumber undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan tidak bertulis seperti di Britain meliputi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara . Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka  bentuk pentadbir...

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah: a)     Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah. b)     Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. c)     Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah. d)     Sistem pendidikan Sabah dikekalkan. e)     Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk. Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah. ·          27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan · ...

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah: a)     Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. b)     Membuat syor-syor perlembagaan. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan.Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak: a)     1/3 menyokong kuat Malaysia b)     1/3 menyokong dengan syarat c) ...