Ansur Maju Kemahiran Bola Jaring
E. ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 9.1 Ansur maju/latihan menghantar bola Hantaran dada (a) Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri dalam jarak 3 meter dari tempat sasaran. Lakukan 10 kali hantaran bola secara hantaran aras dada. Rajah 21: Latihan aras dada menggunakan tembok ke sasaran Setiap hantaran yang tepat mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua mata. Pastikan kamu memperolehi 20 mata selepas membuat 10 hantaran. (b) Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara hantaran dada bergabti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu buat dalam jangka masa tersebut. (c) Latihan-latihan di atas boleh diulang menggunakan hantaran: § Hantaran aras bahu § Hantaran lantun § Hantaran aras kepala § Hantaran rendah/sisi/bawah...