Ansur Maju Kemahiran Bola Jaring
E.
ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
9.1
Ansur maju/latihan menghantar bola
Hantaran
dada
(a) Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri
dalam jarak 3 meter dari tempat sasaran. Lakukan 10 kali hantaran bola secara
hantaran aras dada.
Rajah
21: Latihan aras dada menggunakan tembok ke sasaran
Setiap hantaran yang tepat
mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua mata. Pastikan kamu
memperolehi 20 mata selepas membuat 10 hantaran.
(b) Berdiri
pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara hantaran
dada bergabti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu buat
dalam jangka masa tersebut.
(c) Latihan-latihan
di atas boleh diulang menggunakan hantaran:
§ Hantaran
aras bahu
§ Hantaran
lantun
§ Hantaran
aras kepala
§ Hantaran
rendah/sisi/bawah
§ Hantaran
sisi
§ Hantaran
lob
§ Hantaran
peluru
§ Hantaran
bawah bahu
Lob
(a)
Berdiri
pada jarak lima meter dari rakan kamu. Minta seorang seorang lagi rakan kamu
berdiri di tengah-tengah jarak tersebut. Buat hantaran lob melepasi kepala
rakan kamu yang berada di tengah. Ulang hantaran sebanyak 30 kali sacara
bertukar ganti.
Rajah
22: Latihan lob dengan penghalang tanpa mendepakan tangan
(b)
Kamu
dan rakan-rakan kamu berkedudukan seperti di atas. Semasa hendak melakukan
hantaran, pemain yang berada di tengah-tengah mendepakan tangan seolah-olah
hendak menghalang hantaran bola. Bola yang dihantar hendaklah melepasi halangan
dan dapat disambut oleh rakan kamu.
Rajah
23: Latihan lob dengan penghalang mendepakan tangan
9.2
Ansur maju/latihan menangkap bola
(a) Lakukan
latihan secara berkumpulan lebih kurang 2-3 orang pemain. Dengan menghadap
tembok, seorang pemain melontar bola ke tembok dan biarkan bola itu melantun ke
arah pemain lain. Pemain itu akan cuba menangkap bola yang melantun ke arahnya.
Rajah
24: latihan menangkap bola menggunakan tembok
(b) Buat
latihan secara berpasangan. Anggarkan jarak antara kamu dan rakan kamu dalam 3
meter. Suruh rakan lontar bola ke arah kamu dan cuba tangkap bola itu. Lakukan
latihan secara berulang-ulang selama 30 saat. Cacatkan jumlah tangkapan yang
kamu buat dalam 30 saat.
9.3
Ansur maju/latihan menjaring gol
(a) Buat
sepuluh kali aktiviti menjaring dari pelbagai kedudukan di sekitar kawasan gol.
Cuba lakukan jaringan seberapa pantas yang boleh. Catatkan jumlah jaringan gol yang
kamu buat dalam 15 percubaan.
Rajah
25: Buat aktiviti menjaring dari kedudukan yang berlainan
(b) Lakukan
aktiviti menjaring dalam masa 30 saat. Pilih kedudukan yang berlainan di
sekitar kawasan gol kemudian catatkan jumlah jaringan yang kamu buat dalam masa
30 saat.
(c) Buat
aktiviti secara berpasangan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B. Pemain B
menangkap bola yang dihantar kepadanya dan terus membuat jaringan dengan
menggunakan bola yang dipegang (yang ditangkap tadi).
Tingkat latihan ini dengan
meletakkan seorang pemain untuk menghalang jaringan yang dibuat.
terima kasih.. mohon dicopy..hehe
ReplyDeleteretro jordans
ReplyDeleteyeezy outlet
yeezy boost 350
nike shox for men
yeezy boost 500
golden goose
balenciaga
supreme clothing
yeezys
lebron james shoes