LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG MAHRAM.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG
MAHRAM.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil
untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa. Antaranya
adalah dengan mengukuhkan institusi keluarga dengan
meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi segala
tindak-tanduk mereka. Mereka juga boleh melakukan aktiviti riadah yang
sihat bersama-sama.
Menitik beratkan didikan agama dengan
memantapkan keimanan dalam diri setiap individu. Mempraktikkan ajaran agama
yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai
kehidupan yang patut diikuti dan wajib dilakukan oleh semua umat Islam.
Seterusnya, mengadakan aktiviti khas
seperti program ceramah atau kursus khas tentang keibubapaan dan tanggungjawab. Memberikan
kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, mengadakan
pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda
membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah nikah
yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan
peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga
anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya.
Langkah yang berikutnya ialah
memberikan pendidikan seks yang sewajarnya di sekolah dengan
memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya
dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita serta cara-cara
menjaga diri daripada sebarang gangguan seksual.
Selain itu, penglibatan dan kerjasama
dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan dalam usaha menjayakan
strategi membendung sumbang mahram. Antaranya seperti rancangan bersepadu
yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung
gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini termasuklah rumah berbilik tiga
untuk keselesaan penduduk, sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang
sebaliknya di samping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk
pesalah sumbang mahram dan juga undang-undang untuk melindungi mangsa.
Izinkan saya utk print out
ReplyDeleteThanks. Ianya sangat membantu saya buat kerja sekolah PSI.
ReplyDeleteSama lah kita
Deleteizinkan sy untuk guna
ReplyDeleteMembantu saya menyiapkan kerja sekolah PJPK Terima Kasih
ReplyDelete