KESAN TERHADAP MANGSA SUMBANG MAHRAM.
KESAN TERHADAP MANGSA SUMBANG MAHRAM.
Mangsa mengalami tekanan perasaan dan emosi.
(sekadar gambar
hiasan)
Berikut adalah merupakan antara kesan-kesan
yang terpaksa dilalui oleh mangsa sumbang mahram. Terdapat kesan-kesan fizikal
yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku
pada mangsa tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur,
bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan
penyakit kelamin, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering
mengadu sakit perut.
Terdapat juga kesan-kesan yang boleh
diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau
perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau
bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa iaitu kurang sesuai dengan umur
mereka atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan, mula ponteng sekolah dan
mutu pelajaran yang kian merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang
kurang sesuai, tidak suka disentuh, hilang kepercayaan terhadap orang lain,
mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata
dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi,
menunjukkan tanda kematangan yang awal.
Seandainya tidak ditangani dengan sempurna,
kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan
dewasa.
Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan
adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan,
perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan
aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan
mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, rasa malu
dan bersalah sehingga mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN TERHADAP PELAKU
SUMBANG MAHRAM.
Suatu masa dahulu, Dewan Rakyat telah
meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan
sumbang mahram sebagai satu kesalahan memandangkan gejala ini semakin
berleluasa di kalangan masyarakat.
Seksyen 376A mantakrifkan kesalahan sumbang
mahram, manakala subseksyen 376B(1) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini
iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh
dikenakan sebatan.
Comments
Post a Comment