1. Jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh
1.
Jelaskan
maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh
Penggabungjalinan
merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf
pencapaian murid yang maksimum ialah
penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai
bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta
menyeluruh dalam suatu proses P & P.
Penggabungjalinan bertujuan membantu murid
dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P
dan meningkatkan keberkesanan proses P & P. Penggabungjalinan juga penting
untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan menjadikan proses P
& P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga memberi
ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan
menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan
murid secara aktif. Penggabungjalinan
akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih
berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh
mengukuh antara satu sama lain.
Terdapat
tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu:
1)
Penggabungjalinan
pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
a. melibatkan
kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna
dan lain-lain.
b. memerlukan
sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P &
P.
c. Kemahiran
ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.
2)
Penggabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran lain
a. memerlukan
penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran
lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.
3)
Penggabungjalinan
kemahiran merentas kurikulum.
a. Melibatkan
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar
untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
dan kemahiran penyelesaian masalah.
Contoh-contoh:
1) Menggabungkan
kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat jauh dengan mengambil lajak
permainan lompat tinggi.
2) Penggabungjalinan
Matematik: Penggunaan
nombor semasa mengira bilangan jaringan yang telah dilakukan oleh pelajar A
semasa mengajar kemiharan menjaring bola – permain bola jaring.
3) Penggabungjalinan
kemahiran Sains: Guru
menerangkan tujuan badan direndahkan semasa mengajar kemahiran hantaran - permainkan
hoki.
nota ini sangat membantu kakak yang baru nak sambung study....tq..kalau boleh masukkan strategi/pendekatan/kaedah P&P matematik pula...
ReplyDeleteTq
DeleteI-think gabungjalin dalam RPH KAFA adalah merujuk kepada
DeleteSangat mmbantu.. Tq
ReplyDeletet1j54q8s40 z4l30s1e80 f5k58v9y64 s7l22z9u34 u2e51f0o68 w1p35t2r96
ReplyDelete