Kemahiran Dalam Bola Jaring
C. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
3.0 MENGHANTAR BOLA
Dalam
permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola.
Pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran pada masa yang tepat
dengan cara yang sesuai dengan situasi permainan kerana dalam permainan bola
jaring tidak ada pilihan untuk menggelecek bola. Negara-negara yang maju dalam
bola jaring membentuk corak permainan mereka berdasarkan kemahiran hantaran
yang dikatakan sebagai paling berkesan untuk pasukan tersebut. Terdapat beberapa
cara menghantar bola yang biasa dilakukan, antaranya ialah:
i.
Hantaran aras bahu
ii.
Hantaran aras dada
iii.
Hantaran lantun
iv.
Hantaran aras kepala
v.
Hantaran rendah/sisi/bawah
vi.
Hantaran sisi Hantaran lob
vii.
Hantaran peluru
viii.
Hantaran bawah bahu
3.1 Jenis-jenis hantaran
Hantaran
dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan
hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran
bola tinggi dan hantaran bola rendah.
1. Hantaran
dua tangan:
- Hantaran
dada
- Hantaran
lantunan
- Hantaran
atas kepala
- Hantaran
sisi
2. Hantaran
satu tangan:
- Hantaran
aras bahu
- Hantaran
lob
- Hantaran
peluru
- Hantaran
bawah bahu
- Hantaran
lantun
Hantaran
boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan, semasa
pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik atau pegun.
Cara
seseorang pemain menghantar bola kepada rakan sepasukannya adalah bergantung
kepada beberapa faktor situasi seperti:
a. Kedudukan
pihak lawan yang mengawal penerima
b. Jarak
penerima dari penghantar
c. Ruang
yang sedia ada untuk penerima bergerak
3.2 Teknik dan tujuan hantaran
3.2.1
Hantaran aras dada
Dengan
kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan
jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan
siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.
Rajah
7: Kedudukan pemain semasa ingin membuat hantaran aras dada
Tujuan:
Untuk
penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan
tidak dihalang oleh lawannya.
Butir-butir mengajar:
- Badan
dalam kedudukan seimbang
- Sebelah
kaki melangkah ke arah lontaran
- Luruskan
tangan serentak dengan hantaran
3.2.2
Hantaran lantunan
Menggunakan
sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan
melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah
tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain
melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya.
Rajah
8: Membuat hantaran lantunan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan
Tujuan:
Untuk
membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru
digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.
Butir-butir mengajar:
- Lantunkan
bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan
- Bertindak
dengan pantas
- Ketika
melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan
3.2.3
Hantaran atas kepala atau hantaran lob
Dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan
dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.
Rajah
9: Bola diangkat tinggi untuk membuat hantaran atas kepala atau hantaran lob
Tujuan:
Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang
penerima.
Butir-butir mengajar:
- Bawa
bola ke belakang kepala sebelum melontarnya
- Luruskan
siku ketika melepaskan bola ke depan
- Pandang
pergerakan penerima
3.2.4
Hantaran sisi/rendah/bawah
Menggunakan
sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras
pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak
ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola
dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing
dalam softball.
Rajah
10: Cara membuat hantaran sisi
Butir-butir mengajar:
- Sambil
menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan
- Gunakan
pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran
3.2.5
Hantaran aras bahu
Dengan
sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil
memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang
bola, kaki kiri melangkah).
Tujuan:
Supaya
hantaran bola adalah jauh dan tinggi.
Butir-butir mengajar:
- Gerakkan
bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan
- Tangan
dan jari ikut lajak ke arah lontaran
3.2.6 Hantaran peluru
Ini
merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan
balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas
bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut
sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan
pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada
garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki
belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan.
Tujuan:
Untuk
menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit.
Butir-butir mengajar:
- Bersedia
untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran
- Ikut
lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang
- Alihkan
berat badan ke hadapan (ke kaki)
4.0 MENANGKAP/MENERIMA BOLA
Dalam
permainan bola jaring, pemain boleh menyambut atau menangkap bola dengan
kedua-dua belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
Kecekapan menyambut bola yang dihantar kepada seseorang pemain itu adalah
penting untuk membantu sesebuah pasukan melakukan serangan ke kawasan lawan
dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Proses menyambut atau menerima bola terbahagi
kepada tiga fasa yang umum:
(a) Fasa
I: Persediaan untuk menyambut hantaran
Pemain
memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran.
Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola itu akan menghantar bola
kepadanya, pemain itu hendaklah:
·
Melepaskan diri dari kawalan lawan, jika
perlu
·
Mencari ruang untuk bergerak dan
berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan cepat
kepadanya.
(b) Fasa
II: Penghantaran bola oleh penghantar
Pemain
memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran.
Dengan serta merta pemain dikehendaki memutuskan bagaimana cara untuk menyambut
bola yang hendak dicapainya.
(c) Fasa
III: kontek bola dengan tangan
(tangkapan)
Pemain
menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang kemas
dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk menyerap daya
bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.
4.1 Teknik menyambut bola:
4.1.1
Bola aras dada
Kedua-dua
belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut
bola, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan
dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi
badan.
4.1.2 Bola
lantun (aras pinggang)
Sambut
bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras
pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan
tapak tangan.
4.1.3
Bola tinggi
Rajah
11: kedudukan pemain semasa menyambut atau menerima bola yang tinggi
4.1.3
Mengambil bola lambung
Semasa
persediaan, kedudukan badan berada dalam keseimbangan dan letakkan kaki yang
bukan dominan di hadapan sementara mata melihat bola. Tangan diluruskan di sisi
dan pengadil akan meletakkan bola di posisinya. Apabila pengadil melepaskan
bola, angkat tangan dengan cepat dan berat badan mestilah berada ddi hujung
tapak kaki. Tangkap bola dengan jari-jari, kemudian tarik bola ke badan dengan
kemas. Kawal pergerakan kaki dan luaskan tapak tangan.
Rajah 12: Dalam keadaan bersedia semasa pengadil akan
melambung bola
5.0 MENJARING BOLA
Kemahiran
menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan lontaran bola
ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya. Walaupun hanya
pemain GS dan GA yang berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain kedudukan lain
perlu juga menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah
kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS atau GA.
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan oleh
pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi
penjaring terhadap apa yang ingin dilakukannya.
5.1 Cara menjaring
Menjaring
boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Apabila
menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara berikut:
a) Menjaring
dari kedudukan statik
b) Melangkah
setapak ke depan dan menjaring
c) Melangkah
setapak ke belakang dan menjaring
d) Melangkah
ke sisi dan menjaring
e) Melompat
dan menjaring
f) Berlari,
menerima bola dan menjaring
Jaringan statik (teknik asas dengan
sebelah tangan)
(i.)
Berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan
bola terletak di atas jari-jari dan bebola tangan (tidak atas tapak tangan).
(ii.)
Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan
lutut) dan bola dibawa ke atas kepala.
(iii.)
Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang
memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya. Tindakan flick dengan pergelangan tangan
dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan.
(iv.)
Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila
menolak bola.
Rajah
13: Menjaring dari kedudukan statik dengan sebelah tangan
Rajah
14: Menjaring dari kedudukan statik dengan dua belah tangan
5.1.1
Jaringan melompat
Persediaan
adalah seperti membuat jaringan statik dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan. Semasa melompat, penjaring hendaklah melompat sambil menolak bola ke
arah sasarannya sebelum ia mendarat.
Rajah
15: Menjaring cara melompat dengan sebelah tangan
Rajah
16: menjaring cara melompat dengan dua belah tangan
5.1.2
Jaringan berlari
Penjaring
hendaklah memastikan ruang mencukupi untuk bergerak dalam bulatan gol. Sebaik
saja penjaring menerima hantaran, dia akan terus melangkah dan melompat untuk
melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki. Penjaring
akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.
thank you so much for sharing. this is the assignment that my daughter need to do.
ReplyDeleteThank you so much!
ReplyDeleteI HATE GOOGLE IT NEVER GIVES ME THE CORRECT ANSWER do you guys agree?
ReplyDeleteyuy yuyictrnynuy7in8745xc9m89n7trcxxw
Delete