KEMAHIRAN ASAS HOKI
KEMAHIRAN
ASAS
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya
tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini
seronok dan mencabar. Bagi memastikan
keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas
dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih
akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul,
menguis dan lain-lain lagi.
4.1 MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang
perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
CARA
MENGGELECEK
|
BUTIRAN
MENGGELECEK
|
menggelecek longgar
|
-
Tangan
kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
-
Badan
dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
-
Mata
memandang bola ketika membuat tolakan.
-
Bola
hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
-
Kedudukan
kayu hoki 45° ke tanah
|
menggelecek rapat
|
-
Pegangan
seperti menggelecek longgar.
-
Badan
juga seperti menggelecek longgar
-
Mata
sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi
padang.
-
Bola
harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa
menyentuh kayu hoki.
|
menggelecek Indian
|
-
Pemain
menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri
ke posisi yang lebih selesa. Tangan
kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah
kayu hoki. Tangan kanan memegang
dengan longgar.
-
Bola
berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz
bahu.
-
Mata
seperti menggelecek rapat.
-
Badan
mengikut pergerakan bola.
-
Apabila
kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri
pada masa kanan menyentuh tanah.
|
Bagi peringkat pelajar sekolah rendah,
kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah
untuk dipelajari dan senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
- Pelajar perlu untuk menggelecek
bola mengikut garisan lurus.
Gunakan hanya satu biji bola.
- Aktiviti dimulakan dengan
membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
- Dua kumpulan ini dipisahkan dengan
jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
- Pelajar kumpulan A dikehendaki
melalui garisan sambil menggelecek bola.
Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
- Pelajar mesti berupaya untuk
mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola
tersebut.
A --------------10 meter-------------- B
- Teruskan latihan dengan menambah
jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
- Tingkatkan kemahiran
pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
- Pelajar dikehendaki berbaris satu
garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
- Pelajar pertama akan menggelecek
bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke
arah kumpulan pelajar.
- Pelajar tersebut perlu mengawal
bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut.
- Pelajar kedua mengulang semula
perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar
terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.
4.2 MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang
penting berbanding kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh
digerakkan dalam keadaan laju dan jauh.
Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.
MEKANIK
MEMUKUL
|
BUTIRAN
MENGAJAR
|
Pegangan
|
-
Letakkankepala
kayu hoki di atas tanah
-
Tangan
kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar
-
Tangan
kanan diletakkan di bawah tangan kiri.
-
Kedua-dua
tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua
tangan selari dengan jari kayu hoki.
|
Cara berdiri
|
-
Bahu
kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.
-
Kedudukan
badan seimbang.
-
Kaki
dijarakkan lebih kurang lebar bahu.
-
Jari
kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang
30° - 40°.
|
Bola
|
-
Kedudukan
bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa.
|
Ayunan
|
-
Pukulan
lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak.
-
Pada
masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan
dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul.
-
Kayu
hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke
tempat yang dituju.
|
Badan
|
-
Pada
masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan
kita ikut lajak.
-
Tumit
kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.
|
Kuasa untuk memukul bola
|
-
Momentum
badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih
tinggi.
-
Selain
daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan,
kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada
masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk
memukul bola hoki.
|
Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar
perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
- Berdiri satu langkah di belakang
bola. Pelajar mengambil satu
langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.
- Ulang semula seperti (1), tetapi
dalam keadaan berlari.
- Menolak bola, kemudian berlari dan
seterusnya memukul bola kepada pasangan.
- Berdiri dengan bola tiga langkah di
hadapan dan di luar kawasan D.
Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu
mengejarnya. Pukul bola ke dalam
gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.
- Memukul bola yang bergerak dari
kanan.
a)
Secara
berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar
tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D.
B C
A D
b)
Berdua
di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya
di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.
c)
Seperti
di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti
pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat
latihan seperti di (c).
- Pelajar memukul bola satu demi satu
sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.
4.3 MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini
selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan
dan berpusing. Cara memegang kayu hoki
bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan,
pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola
hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.
Kedudukan bola berada
di hadapan kaki hadapan. Berat badan
bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum
dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat
supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran
bola dari arah hadapan.
Semasa menyentuh
bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran
ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi
memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama
yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah
bawah bola. Seterusnya, kayu hoki
menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
- Satu garisan 60 cm dari lantai ke
dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding
tersebut.
- Berdiri dengan kaki rapat, kemudian
melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di
hadapan.
- Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah
bola dan lakukan kuitan.
- Seperti di (3), tetapi melakukan
larian ke arah bola tersebut.
- Gelecek bola lebih kurang dalam 3 –
5 langkah lalu menguit bola.
Peringatan. Berhenti
sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan,
pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak
untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.
tq 4 sharing
ReplyDeletesatu penerangan yang baik dan dapat dikongsi bersama demi kelangsungan penambaikan kemahiran permainan hoki dalam kalangan murid-murid.
ReplyDeletenais
ReplyDeletehermes
ReplyDeletebalenciaga triple s
longchamp handbags
a bathing ape
kyrie shoes
nike shox
air jordan
kevin durant shoes
supreme clothing
balenciaga shoes
Legend Online Benzeri Oyunlar
ReplyDeleteMafia 2 Benzeri Oyunlar
Simcity Benzeri Oyunlar
Papers Please Benzeri Oyunlar
Phasmophobia Benzeri Oyunlar
KEM4
Your blog is a place of continual growth and learning – thank you. Also check the koochiching county court calendar
ReplyDelete