LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI PEMBUANGAN BAYI
Melalui tiga peranan iaitu:
· Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
· Peranan ibu bapa
· Peranan pihak media massa
Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO
Peranan
pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi.
Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan
lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu,
pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka
yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati
semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama.
Badan-badan
NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan
sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting
bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar
mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan
bayi ini.
Peranan Ibu Bapa
Peranan
ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah
terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang
sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu
mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah
terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik
dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya
tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.
Peranan Pihak Media Massa
Peranan
pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi
kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan
kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan
bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang
seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para
remaja.
Program
motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu
memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa.
Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan
melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi
adegan 18sx.
Comments
Post a Comment