MID NUFF

Bola Jaring


Bola jaring

Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada asalnya dikenali dinegara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang wanita". Dicipta oleh Clara Gregory Baer[1], peneraju dalam sukan wanita, ia kini merupakan sukat berpasukan wanita tersohor (kedua-dua sebagai penonton dan pemain sukan) di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica, Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United Kingdom.
Lakaran gelangkang bola jaring.


Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang keras dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang, dengan bola menyerupai bola keranjang (tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah kebanyakannya putih). Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah berbanding gelung bola keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar. Gelangang dibahagi kepada tiga yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan, dan dua separuh bulatan "bulatan penjaring - (shooting circles)" pada setiap hujung di mana semua lontaran gol perlu dilakukan. Terdapat tujuh pemain setiap pasukan, yang dilantik, kedudukan yang ditetapkan. (Sesetengah variasi remaja (junior)/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut tertentu digelanggang: pemain yang terkeluiar dari kedudukan mereka dianggap "salah kedudukan -(offside)". Kedudukan digambarkan di bawah:



Kedudukan bola jaring
Nama kedudukan
Abbreviation
Lawan
Kawasan dibenarkan
Goal Shooter
GS
Goal Keeper.
Attacking goal third including goal circle
Goal Attack
GA
Goal Defence
Attacking goal third, goal circle, and center third
Wing Attack
WA
Wing Defence
Attacking goal third and center third, not goal circle
Centre
C
Centre
Everywhere except goal circles
Wing Defence
WD
Wing Attack
Defensive goal third and centre third, not goal circle
Goal Defence
GD
Goal Attack
Defensive goal third and centre third, including goal circle
Goal Keeper
GK
Goal Shooter
Defensive goal third, including goal circle

Saiz gelanggang

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari atas gelung. Gelung mempunyai dimeter dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung diperbuat daripada besi bergaris pusat 15mm.


Perlawanan Bola Jaring utama
    * Australia dan New Zealand
          o Commonwealth Bank Trophy - Australia (hingga 2007)
          o National Bank Cup - NZ (hingga 2007)
          o Tasman Trophy Netball League (dari 2008)
          o Fisher and Paykel Series
    * England
          o The Super League
    * International
          o Netball World Championships


















1.       KEMAHIRAN ASAS
Sudah tentu permainan ini telah menarik perhatian anda. Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi marilah kita mengkaji apakah kemahiran-kemahiran asas yang perlu anda ketahui untuk mahir dalam permainan ini. Kemahiran asas dalam sukan amat penting diketahui oleh pemain. Pemain perlu dimaklumkan tentang perkara ini kerana kemahiran akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dan diubahsuai mengikut peringkat dan keadaan sukan itu. Jurulatih memainkan peranan penting untuk meningkatkan kemahiran pemain.  Di antara kemahiran yang penting dalam sukan ini adalah:  kemahiran yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan; dan kemahiran mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal, mengelak dan menjaring. Kemahiran ini termasuklah juga  menghantar atau membaling, merebut, melompat dan membuat halangan ataupun menghadang. Latihan secara sistematik dapat meningkatkan taraf kemahiran pemain-pemain dalam sukan ini.
2.       HANTARAN
Terdapat berbagai-bagai cara menghantar atau melontar bola. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan kecekapan pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala. Apabila menghantar bola, mestilah wujud persefahaman di antara yang menghantar dan yang menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat ditangkap, bererti lontaran tersebut adalah kurang baik.

4.2.1 Hantaran Aras Bahu
Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar untuk dipintas atau direbut dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini, jika dilakukan dengan teknik yang betul, akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat. Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan penerima.

Perhatikan teknik-teknik hantaran yang betul sebelum anda mahir dalam permainan ini.

(a)Pegang bola di atas tapak tangan kanan
(b)Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada pergerakan kaki kanan
(c)Berat badan berada di atas kaki kanan
 (d)Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan
(e)Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran
(f)Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau ÂflickÊ
(g)Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar
(h)Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan ÂwhipÊ pergelangan tangan dan jari



3.       Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada ialah sat hantaran yang kuat, cepat dan utuk jarak yang tidak begitu jauh.
Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera.

Teknik hantaran dada

(a)Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.
(b)Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang
(c)Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan.
 (d)Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.
(e)Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan  serentak dengan kekuatan lontaran bola.

4.       Hantaran Sisi / Bawah Bahu
Hantaran ini boleh dibuat rendah ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola baling. Bagaimanapun hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang-kadang sukar menerimanya.

Teknik hantaran sisi/bawah bahu
(a)Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu
(b)Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang
(c)Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan  berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan

5.       Hantaran Atas Kepala (Lob)
Hantaran  ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam    lontaran bola jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Untuk membuat hantaran lob ,pemain yang ingin membuat hantaran perlulah melontarkan bola setinggi yang boleh ke arah ahli pasukannya yang lain.

Teknik hantaran bola lob.
(a)Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu.
(b)Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan.
(c)Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala.
(d)Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.

6.       Hantaran Lantun
Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan tepat.

Teknik hantaran lantun
(a)Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada
(b)Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.
(c)Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.

7.       GERAKAN KAKI
Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada bagi semua pemain. Untuk meningkatkan kemahiran ini, seseorang pemain mestilah boleh berlari dengan laju dan pada jarak yang berbeza. Dia perlulah mempunyai ketangkasan untuk menukar haluan secara serta-merta sambil memecut. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh digunakan dalam permainan bola jaring. Kemahiran gerakan kaki juga selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaring bola. Pemain-pemain yang dapat menguasai kemahiran ini akan mempunyai kelebihan di mana mereka dengan mudah dapat mengelakkan diri daripada dikawal oleh pemain lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima bola ataupun membuat jaringan. Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola sama ada daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan. Pertama, mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua, mendarat menggunakan kedua belah kaki

Mendarat Atas Sebelah Kaki
(a)Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.
(b)Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula  sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

Mendarat Atas Dua Belah Kaki
Selepas menerima bola,pemain boleh:
 (a)Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta membaling bola. (b)Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula.
(c)Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.


8.       KAWALAN
Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan.  Biasanya, pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang sementara pasukan lawannya dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap pemain perlu mahir menangkap dan melontar bola.  Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula juga hendaklah pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada dihalang oleh lawan. Ketika bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Sebagai pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan mengawal lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas semula penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah menjangkakan arah atau haluan bola yang akan dilontar. Ini termasuklah juga menjangkakan kepada siapa dalam pasukan lawan  bola tersebut akan dihantar. 

Cara Mengawal 
Teknik mengawal juga penting dalam permainan ini

(a)Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri berhadapan dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3 meter  dari kaki hadapan penyerang. Tangan pemain yang mengawal mestilah diletakkan di belakang atau rapat dengan badan.
(b)Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali-sekala bagi memerhatikan di mana bola berada di samping terus mengawal pemain lawan masing-masing.
(c)Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang bola sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain pertahanan dengan pemain penyerang adalah pada jarak yang dibenarkan.
 (d)Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan.

Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang boleh menggunakan sebelah atau dua belah tanganya yang dihulurkan ke arah tangan pemain lawan (Rajah 4.9) supaya ia berada di antara jarak balingan dan arah jarak balingan itu. Undang-undang gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara kawalan ini.

Mengawal Zon

Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu kawasan bermain bagi mengelirukan pihak lawan dan dalam pada masa yang sama mengucar-ngacirkan strategi pasukan penyerang. Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola daripada pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian gelanggang tetapi biasanya dilakukan di bahagian tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan.

9.       MENJARING
Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam sukan ini. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun hanya terdapat dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan iaitu GA dan GS, namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai kemahiran ini. Ini kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia perlu diganti dengan pemain yang lain. Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran membuat jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring. Kawasan jaringan hanya boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK, dan GD sahaja. Tetapi hanya GS dan GA yang boleh membuat jaringan, sementara yang dua lagi bertindak sebagai penghalang daripada pasukan lawan. Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring yang baik, seseorang pemain mestilah pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring haruslah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya. Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari.

JARINGAN STATIK SEBELAH TANGAN
(a)Dengan cara ini, pemain berdiri seimbang dengan berat badannya di atas kedua belah kaki sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit. 
(b)Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas  dengan jari dibuka dan bola berada di atas jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan).
(c)Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras kepala (atau lebih) dan menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan.
(d)Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke paras muka, dan serentak dengan ini, bengkokkan lutut.
(e)Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan ke arah jaringan.


Menjaring Sambil Melompat

Cara ini sama juga dengan cara menjaring berdiri statik. Cuma bezanya ialah apabila hendak membuat jaringan, penjaring akan melompat dan melepaskan bola ke jaring. Kedudukan badan, kaki dan tangan adalah sama seperti membuat jaringan statik. Kelebihan jaringan cara ini ialah memberi peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan gol  menerusi lompatannya.

Menjaring Sambil Berlari

Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki mestilah dipatuhi. Apabila membuat jaringan, pemain mestilah memastikan laluan ke arah tiang gol lapang dan tidak dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya menuju ke arah tiang gol. Caranya ialah pemain melompat dengan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola dan
melepaskan bola sambil melompat. Gerakan ini penting dalam kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat dengan pantas dan menyukarkan pemain lawan membuat halangan. Namun menjaring dengan teknik ini memerlukan gabungan kepantasan dan ketepatan yang betul-betul tinggi. Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang.

10.   LOMPATAN (LONJAKAN)
Kemahiran melompat atau melonjak mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana sering terdapat pemain yang tidak dapat melompat dengan betul. Melompat merupakan unsur penting dalam sukan ini lebih-lebih lagi apabila pemain berhadapan dengan pihak lawan yang lebih tinggi.

Teknik lompatan
(a)Kelajuan berlari hendaklah ditingkatkan supaya dapat mencapai ketinggian lompatan yang maksimum.
(b)Semasa melompat, kepala mesti lurus ke atas dan tangan dihulurkan ke atas untuk menangkap.

11.   LONTARAN KE DALAM
Lontaran atau hantaran ke dalam dibuat apabila bola terkeluar dari kawasan gelanggang. Apabila bola terkeluar, pasukan yang tidak menyentuh bola semasa ia keluar gelanggang akan  membuat lontaran ke dalam. Tujuannya ialah untuk meneruskan semula permainan yang terhenti itu. 

Berikut adalah beberapa peraturan dalam membuat lontaran ke dalam:

(a)Pemain yang akan membuat lontaran berdiri di luar gelanggang dengan meletakkan sebelah kakinya berhampiran dengan garisan (jangan berdiri di atas garisan atau memijaknya). (b)Tunggu isyarat daripada pengadil. Pada masa yang sama, perhatian hendaklah ditumpukan kepada pemain yang bakal menerima bola.
(c)Apabila pengadil meniupkan wisel, pemain berkenaan dibenarkan membuat lontaran dalam tempoh tiga saat.
 (d)Pemain tidak dibenarkan memasuki gelanggang sebelum lontarannya terlepas daripada pegangannya.
(e)Pasukan lawan dibenarkan membuat halangan kepada pemain yang sedang bersedia untuk melontarkan bola masuk ke dalam gelanggang dengan syarat dia memenuhi peraturan jarak ketika membuat halangan. 

12.   STRATEGI PERMAINAN
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan  dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Strategi Untuk Hantaran Tengah

Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.
Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.

Strategi Hantaran ke Dalam
Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola.(Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.

Strategi Pertahanan
Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang.  Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang  berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.


RUJUKAN

Aminah Mohd. Salleh. (1989). Bola Jaring. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Fouzee H.A. (1898). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring. Penerbitan Sri Maju Sdn. Bhd.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI