Posts

Showing posts with the label Tamadun Islam(TITAS)

MID NUFF

Islam Hadhari

ISLAM HADHARI (RINGKASAN) 1.0          KONSEP Islam Hadhari bukanlah agama baru dan bukan ajaran baru. Islam Hadhari juga bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. 2.0          PRINSIP ISLAM HADHARI Prinsip-prinsip Islam Hadhari adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang ...