MID NUFF

Pengenalan Pertolongan Cemas


Pengenalan

Pertolongan cemas pada masa kini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ianya sudah mula menjadi perhatian dan berada dalam pandangan umum. Tidak seperti zaman dahulu di mana pertolongan cemas dianggap sebagai satu bidang tugas bagi doktor atau pegawai perubatan sahaja.

Kini, pertolongan cemas merupakan satu keperluan bagi setiap anggota masyarakat. Ini kerana, ia mendatangkan pelbagai manfaat yang berguna dan menguntungkan, bukan sahaja bagi individu itu sendiri malahan kepada masyarakat di sekelilingnya.

Pendedahan berkaitan pertolongan cemas ini juga sudah diperluaskan sehingga ke peringkat institusi pendidikan, seperti di peringkat sekolah dan di peringkat pengajian tinggi.


Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.

Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan Pertolongan Cemas

1.Selamatkan nyawa
  Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk
  Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3.  Mengurangkan kesakitan
  Memberi keselesaan, keyakinan  dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
Bantuan Lanjutan
•Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
 Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatkan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
    sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak