MID NUFF

Cabaran guru sebagai agen perubahan dan Melahirkan modal insan yang berintegriti

Cabaran  sebagai  agen perubahan

      Sebagai  agen perubahan, guru  perlu mempunyai  sifat  yang boleh  menjadi tauladan  yang baik  kepada  anak  murid  seperti  bertanggungjawab, adil dalam mengambil tindakan  disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak  mengira status kedudukan murid tersebut  atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap  kesalahan murid. Di samping itu  guru juga perlu mempunyai disiplin, misalnya tidak berambut  panjang, menepati masa datang ke sekolah atau  menepati masa pengajaran dan  mudah  didampingi oleh murid  atau pelajar, sekiranya pelajar mempunyai  masalah. Segala tingkahlaku guru  sentiasa dilihat  oleh  masyarakat tempat dimana  guru tersebut mengajar samada  di bandar  atau luar Bandar. Oleh itu guru  perlu  sentiasa  berwaspada  dalam mengambil  tindakan terhadap  pelajar agar  tidak  melanggar  tata  etika  profesion guru. Di dalam membentuk  tingkahlaku pelajar, guru  mestilah  sikap yang sabar  dalam mendidik pelajar  menjadi  manusia yang baik. Pelajar  hari ini  terdedah  kepada  banyak anasir  yang tidak baik, misalnya  terjebak  kepada penagihan dadah, terlibat  dalam kongsi gelap  dan pelbagai kesalahan yang menyalahi undang-undang dan agama. Gurulah  yang menjadi mangsa  di atas  semua  kesalahan  yang  dilakukan oleh pelajar-pelajar.  Di sini  guru  mempunyai  tanggungjawab yang amat besar  dalam memberi  pendidikan  yang  berkesan  bagi  mengelakkan atau  menghindari pelajar dari  terjerumus  kepada  anasir  yang merosakkan diri pelajar.  Di sini  guru perlu menjadi  model  yang  baik untuk  diikuti  oleh  para pelajar.
   

2.2   Melahirkan  modal insan yang berintegriti 

    Prinsip  akauntabiliti  dan integriti  penting dan menjadi  amalan oleh setiap penjawat  awam, lebih-lebih lagi pendidik  yang  mendidik  generasi hari muka. Dimana generasi  muda adalah sebagai  pelapis  kepada pemimpin yang ada sekarang.  Suatu  hari  nanti akan  memegang  tampuk  utama  negara, semestinya diberi  perhatian yang lebih  bagi menghasil  modal-modal insan yang berwibawa dan mempunyai  sifat-sifat  pemimpin yang selari  dengan tuntutan agama. Guru gagal dalam mendidik sekiranya  hanya tertumpu  atau  mementingkan intelek semata-mata. Kita dapat  melahirkan ahli bijak pandai tapi  tidak  bermoral, contohnya akauntan  yang  menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu kita mesti  mendidik  para pelajar yang seimbang dari  segi  intelek dan sahsiah yang selari  dengan kehendak agama.

   Guru wajar  mendalami falsafah  dan budaya integriti  sebagai  persediaan untuk
menjadi guru  yang berwibawa. Dalam konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar  yang mendapat gred A dalam semua  mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, guru  dinilai dari segi  keupayaan mendidik murid menjadi insan  yang  beretika, beradab  dan berakhlak  mulia. Dalam erti kata  lain,  tugas seorang  guru tidak  hanya terhenti setakat  mengasah kecerdasan minda  murid, tetapi juga mendidik   jiwa dan sanubari  mereka agar menjadi insan  mulia yang  sentiasa  mengamalkan nilai-nilai  murni dalam kehidupan mereka.  Ini  adalah  selaras  dengan  hasrat  kita  untuk  menjadi sebuah Negara  maju  mengikut acuan sendiri,  iaitu sebuah negara  yang mencapai kemajuan yang seimbang dari segi  kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik, kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat  yang berpegang teguh kepada  nilai agama, moral  dan etika.

   Krisis  yang berlaku  di Barat  dan kemunculan  pemikiran baru  yang  kembali menekankan kepentingan amalan nilai moral  dan  etika  dalam masyarakat adalah untuk mengingatkan kita supaya kita tidak  sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan di negara kita,  iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki  kecerdasan intelek, keseimbangan  emosi, kehebatan  jasmani dan  kekuatan rohani. Bagi  merealitikan hasrat ini, dibahu para guru  diberi  tanggungjawab yang besar  dalam membentuk  sahsiah pelajar  dan  seterusnya  dapat  melahirkan pemimpin yang  berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut  Integriti Malaysia adalah  atas keperihatinan pemimpin  untuk  melahirkan warga Malaysia yang mempunyai  integriti  yang  tinggi dalam jiwa setiap warganya.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak