KEMAHIRAN ASAS HOKI
KEMAHIRAN ASAS Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1 MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK menggelecek longgar - Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. - ...