Posts

Showing posts with the label RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

MID NUFF

Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT

Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT Program  RMT yang dilaksanakan  telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.  Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan.  Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul.  Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul.  Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di...

Pentadbiran/Organisasi RMT

Pentadbiran/Organisasi RMT         1.1.1 Peranan  Guru Besar a. Memikul keseluruhan tanggungjawab terhadap PSS sebagai sebahagian daripada      keseluruhan program sekolah. b. Menjalankan tugas pentadbiran harian bagi program ini sama ada secara langsung atau        tidak melalui seorang guru penjaga yang dikhaskan. c. Mengumpul dan menyediakan perangkaan enrolmen sekolah yang kemas kini agar      boleh diperoleh dengan mudah oleh PPD atau pembekal susu tempatan. d. Memberi taklimat dan orientasi kepada guru-guru dan ahli PIBG tentang berbagai      aspek PSS e. Menguruskan tempat simpanan susu bagi sementara waktu di sekolah dan       kemudiannya membahagi-bahagi kan kepada murid. f. Memastikan murid-murid meminum susu semasa di sekolah dan mendapatkan khasiat    ...

PENGENALAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

  Pengenalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan harian seorang murid. RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia.  Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan masyarakat.   Objektif RMT adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,    terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan  dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu  usaha yang selaras dengan Dasar Pemba...