MID NUFF

Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT


Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT


Program  RMT yang dilaksanakan  telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.  Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan.

Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.

Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan.  Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul.  Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul.  Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.  Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.



3.1 Cadangan Penambahbaikan Program RMT
Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.
 
Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan.  Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.

Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci  tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.


Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.

Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.  

Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI