MID NUFF

Peraturan Bola Jaring


1.3 Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring
Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang perlu dipatuhi semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa peraturan asas yang telah ditetapkan, iaitu:
1.    Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan.
2.    Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan.
3.    Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.
4.    Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.
5.    Sesuatu bilangan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.
6.    Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan diteruskan.
7.    Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.
8.    2 orang pengadil mengawasi permainan.
9.    Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan
10. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.
1.3.1 Penalti
Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan. Terdapat dua jenis penalti, iaitu:
1)    Lontaran percuma
2)    Lontaran penalti
Lontaran Percuma
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima lontaran percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran percuma ialah:
a) Memegang bola
Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang bola
b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah, satu langkahan boleh dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah, satu langkahan boleh dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih.
c) Memainkan bola
pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain, tetapi tidak boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti dalam permainan bola keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak boleh diambil semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
d) Melebihi kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu kesalahan. Pengadil akan meniup wisel.
e) Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja. Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama ada dengan bola ataupun tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini menjadikan pemain itu berkeadaan ofsaid.
Lontaran Penalti
Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara kasar, mengau melonjak pemain lawan, lontaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan. Pemain yang melakukan kesalahan dikehendaki berdiri ditepi. Pemain tersebut boleh bermain semula hanya selepas bola dilontar atau dimainkaan semula.


Rajah 1: kesalahan melebihi kawasan: bola dihantar satu pertiga kawasan permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain lain.

a) Melanggar
Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Lontaran penalty akan diberikan kepada pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja.
b) Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran atau menangkap bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya dibenarkkan berdiri dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini kamu boleh mendepakan tangan. Pemain boleh berdiri pada jarak lebih hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan tanpa bola tetapi kamu tidak boleh mendepakan tangan.

1.3.2 Lontaran penalti ke arah gol
Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau melanggar pemain lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang akan diberi lontaran penalti ke arah gol. Pasukan penyerang akan diberi peluang menjaringkan bola tanpa halangan.
1.3.3 Lontaran lambung
Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti yang berikut:
a)    Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil tidak dapat menentukan pemain yang menguasai bola.
b)    Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak dari kawasan permainan.
Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang pemain yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-dua pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh. Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan, bola akan dilambung ke atas dan kedua-dua pemain melonjak untuk menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.

Comments

  1. sangat membantu sbb saya bukan guru pjk

    ReplyDelete
  2. no 5 apa maksudnya?

    ReplyDelete
  3. no 5 saya rasa perkataan bilangan typing error. supposely "balingan"

    ReplyDelete
  4. Nak tnya cikgu boleh tak kalau contohnya GA tu shot bola didalam bahagian tengah gelanggang. Sebab ada kawan lelaki saya tanya pasal ni. Harap cikgu sudi jawab soalan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI