Acara Jarak Sederhana : 800 meter.
Acara Jarak Sederhana : 800 meter.
Oleh
kerana jarak sesuatu pusingan balapan ialah 400 meter, manakala seseorang
pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan tersebut. Seperti
acara-acara balapan yang lain, acara 800 meter boleh dijalankan sama ada di
atas padang ataupun balapan berturap. Jika dalam acara pecut pelari akan
melakukan larian pada kederasan yang rnaksirnum boleh dikatakan di sepanjang
jarak yang ditetapkan, tetapi dalam acara 800 meter pelari hams bijak
mernbahagikan lariannya.
Adalah
tidak mungkin pelari itu mampu mengekalkan kadar kederasan yang sama (maksimum)
sepanjang 800 meter lariannya. Dengan membahagikan lariannya mengikut jarak
tertentu akan memberikannya kelebihan serta keyakinan untuk menunjukkan
prestasi yang tinggi. Disamping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya
untuk acara 800 meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan
dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain, yang sudah
tentu akan berusaha mengalahkannnya.
Dalam
perlumbaan olahraga peringkat dunia, para pelari 800 meter sering herusaha
rnengekalkan ketahanan larian rnasing-masing pada harnptr sepanjangjarak acara
itu. Pada masa yang sama mereka cuba pula rneningkatkan kepantasan dan berusaha
mengekalkannya sehingga ke garisan penarnat. Ada kalanya kita seolah-olah
melihat peserta untuk. acara mi berlari pecut dalarn 200 meter atau 400 meter,
schingga kadangkala keputusan terpaksa ditentukan dengan cara ‘photo-finish’.
Aturan dan Cara Larian.
i. Pelari
akan berlari sejumlah dua pusingan balapan berrnula dan berakhir Iebih kurang
pada tempat yang sama.
ii. Pelari
akan berlari mengikut lorong masing-masing untuk pusingan pertama, dengan
permulaan seperti dalam acara 400 meter. Pelari dibenarkan memotong masuk ke
lorong paling dalam selepas suatu jarak yang ditetapkan.
iii. Pelari
tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian, cuba
menghaIang pelari lain merempuh pelari lain ketika sama-sama berlari.
iv. Pelari
hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas
v. Pelari
dibenarkan memakai kasut larian atau spikes, atau kasut biasa atau berlari
tanpa berkasut. Bagaimanapun adalah lebih balk dan wajar mereka rnemakai spikes
bagi memudahkan larian dan demi keselamatan diri.
vi. PeIari
hendaklah menamatkan lanan dengan melepasi pita atau gansan penamat yang
disediakan.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan
olahragakhasnya untuk acara ini.
Pakaian dan Peralatan
Pakaian
untuk pelari 800 meter adalah sama dengan pakaian yang dipakai oleh olahragawan
yang mengambil bahagian dalarn acara-acara lain. Wálaupun mereka dibolehkan
berlari tanpa memakai kasut, tetapi demi keselamatan dan untuk mendapatkan
larian yang baik serta cengkaman yang lebih berkesan ke atas balapan, mereka
dinasihatkan supaya memakai spikes mengikut keselesaan masing-masing.
Pelari
hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan jangan terlalu jarang kerana biasanya
pelari akan dibasahi peluh di akhir Iarian sehingga menampakkan bentuk badan,
terutama pelari wanita. Baju dan seluar yang dipakai sebaik-baiknya hendaklah
jenis yang ringan dan tidak diserap air supaya tidak rnenimbulkan sebarang
masalah semasa berlari. Pelari hendaklah memakai nombor peserta dan kodpasukan
atau negara yang mereka wakili supaya mudah dikenalpasti oleh pegawai kejohanan
Taktik Dalam Acara 800 meter
Acara
800 meter merupakan suatu acara’ yang penuh dengan taktik, iaitu pelari akan
berlari mengikut matlamat yang ditetapkan olehnya sendiri, jurulatih atau
pasukannya. ini termasuk untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya, ke
pusingan akhir, sekadar menarnatkan Iarian pelari, atau hanya untuk memperbaiki
catatan masa peribadi terbaik. Bagairnanapun taktik tidak memberikan apa-apa
makna sekiranya pelari tidak mempunayai stamina dan kelajuan yang dikehendaki.
Adalah penting untuk mengetahui bagaimana menggunakan kelebihan daripada.
stamina dan kelajuan ini serta mengetahui perkaitan antara satu dengan yang
lain. Terdapat dua cara memenangi acara 800 meter iaitu memulakan Iarian dengan
agak laju dan mengekalkan Iarian itu hingga ke garisan penamat. Kedua, berlari
pada kelajuan yang sama dan mula dengan mengekalkan kelajuan itu dan terus
mernecut pada selekoh terakhir.
Bagi
pelari-pelari baru, sebelum dapat menggunakan sesuatu taktik Iarian yang
dinyatakan, mereka terlebih dahulu hendaklah belajar berlari dengan betul,
menggunakan teknik yang betul serta mengikut arahan dan panduan yang diberikan
oleh jurulatih, guru pelatih atau mereka yang lebih berpengalaman dalam acara ini.
Ini penting kerana taktik larian bukan sahaja untuk acara 800 meter, malah
dalam sebarang acara Iarian biasanya dipelajari selepas seseorang pelari
didedahkan dengan teknik Ianan itu dahuiu.
Pada
akhir peringkat pertama latihan uyang diikuti, pelari baru atau mereka yang
baru menceburkan diri dalam acara mi hendaklah diajar teknik larian yang sesuai
dan mampu diterima oleh pelari berdasarkan bentuk dan ketinggian tubuhnya serta
ciri-ciri ototnya. perkembangan ciri-ciri fizikal seperti kekuatan, kelajuan
dan kelenturan rnenjadikan sesuatu yang perlu bagi pelari baru seimbang dan
selaras dengan perkembangan fizikalnya.
Comments
Post a Comment