Prinsip Asas Sains Dalam Bola Jaring
D.
PRINSIP ASAS SAINS DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING
6.0
Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menghantar Bola
Hantaran
merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan ini. Untuk
membolehkan anda bermain dengan baik dalam permainan ini, bola perlu dihantar
dengan tepat kepada sasaran. Pasukan bola jaring yang mempunyai kemahiran
hantaran yang baik akan memberi peluang yang baik kepada mereka, sebaliknya
kemahiran hantaran yang lemah akan menghalang sesuatu pasukan itu untuk
berjaya. Oleh yang demikian, perlu diketahui apakah cara dan prinsip asas sains
yang digunakan dalam kemahiran ini supaya kemahiran menghantar bola dapat
ditingkatkan.
6.1
Daya Tolakan
Semasa
pemain membuat hantaran kepada pemain sepasukannya, proses daya tolakan
digunakan untuk melakukan pergerakan tersebut. Penolakan daya berlaku apabila
bola dilepaskan daripada tangan pemain. Pemain tersebut yang ingin membuat
hantaran menolak bola tersebut dengan memindahkan daya dari tangannya kepada
bola dan pada masa yang sama daya tolakan berlaku.
Rajah
17: Pemain menolak bola untuk melakukan hantaran, proses yang berlaku ialah
daya tolakan
7.0
Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menangkap/Menerima Bola
Kemahiran menerima bola perlu
dipelajari dengan baik seperti bagaimana cara untuk menangkap bola yang betul.
Kekuatan dan ketangkasan tangan seseorang serta teknik-teknik yang betul perlu
dipelajari kerana ini akan membantu dalam kemahiran menerima bola.
7.1
Menyerap Daya/Daya Tarikan
Dalam
kemahiran menerima bola, terdapat suatu proses di mana pemain akan menyerap
daya daripada bola kepada tangannya semasa menyambut bola. Proses seperti ini
berlaku semasa pemain cuba untuk menangkap bola daripada pasukannya. Kedudukan
pemain berada dalam keseimbangan untuk menfokuskan matanya ke arah bola dengan
tangan dihalakan ke depan. Apabila bola sampai kepada tangan pemain, bola
dipegang dengan kuat dan pada masa yang sama pemain akan menarik bola tersebut dengan
pantas ke arah dada. Hal ini dipanggil proses serapan daya yang bertujuan untuk
mengurangkan kesakitan semasa merima bola.
Rajah
18: Proses serapan daya semasa pemain menerima atau menangkap bola
8.0
Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menjaring Bola
Kemahiran
menjaring merupakan suatu lagi pergerakan atau kemahiran yang menggunakan
proses daya. Daya yang digunakan dalam kemahiran ini ialah daya tolakan. Proses
ini berlaku semasa penjaring memindahkan kekuatan tangannya kepada bola untuk
menolak bola tersebut supaya masuk ke dalam gol.
8.1 Daya Tolakan
Semasa
proses melakukan jaringan, terdapat daya tolakan yang digunakan dalam kemahiran
tersebut. Daya tolakan digunakan semasa penjaring cuba melontar bola ke dalam
jaring. Penjaring akan menolak bola dengan menggunakan tangan ke arah gol dan
pada masa yang sama proses daya tolakan berlaku kerana penjaring menolak bola
tersebut supaya berpisah dari tangannya.
Rajah
19: Penjaring akan menolak bola untuk memisahkan daripada tangan penjaring
tersebut
8.1
Keseimbangan Daya
Semasa
melakukan jaringan statik (teknik asas sebelah tangan), keseimbangan daya
berlaku. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penjaring sebelum membuat
lontaran ke dalam jaringan ialah mereka perlu berdiri secara seimbang. Semasa
berada dalam keadaan inilah proses keseimbangan daya berlaku kerana pemain
perlu membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang selesa sebelum membuat
jaringan.
Rajah
20: Kedudukan penjaring dalam keseimbangan daya sebelum membuat jaringan
Comments
Post a Comment