MID NUFF

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS. BOLA KERANJANG


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS.

  • Setiap permainan diadili oleh dua orang pengadil.
  • Setiap pasukan diwakili oleh lima orang pemain.
  • Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang dapat membezakan dua pasukan yang berlainan.
  • Perlawanan dibahagikan kepada dua waktu separuh masa itu adalah 10 minit.
  • Satu mata untuk jaringan lemparan bebas; 2 mata untuk jaringan terus dan 3 mata untuk jaringan dari luar garisan melengkung.
  • Pengadil melakukan lambungan bola di bulatan tengah bagi memulakan permainan untuk kedua-dua separuh masa.
  • Selepas jaringan, permainan diteruskan dengan hantaran dari belakang garisan belakang oleh seorang pemain pihak yang kena jaringan itu.
  • Semasa permainan berjalan, adalah salah jika seseorang pemain itu memegang bola lebih dari 5 saat tanpa melepaskannya.
  • Seorang pemain tidak dibenarkan menghalang,memegang, menolak, merempuh atau melakukan kekasaran untuk menyekat pergerakan pihak lawan.
  • Seorang pemain yang melakukan kesalahan perseorangan atau teknikal sebanyak 5 kali akan dikeluarkan dari permainan itu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI