MID NUFF

PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI


PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI

Seperti yang telah dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di dalam sukan hoki.  Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada asalnya menggunakan kayu ash atau kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya ditukarkan kepada kayu kilas (reverse stick).

Contoh seterusnya ialah penggunaan bola gabus yang telah ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan seterusnya ditukarkan kepada bola yang berwarna putih.  Selain daripada peralatan permainan, padang juga mengalami proses perubahan seiring dengan peredaran zaman.  Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebar, namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.


Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias yang serupa.  Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua tiang gol dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain.  Selain itu, di kawasan gol juga tidak mempunyai kawasan D.  Namun, pada 1890, batang mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan pukulan (striking circle).

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI