TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN LOMPAT TINGGI
TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN
Teknik Gaya Gunting
Menjelang abad ke-19, seorang
berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah mencadangkan lompat tinggi jni
gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum ini. Lompatan gunting bermaksud peserta akan
melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang
sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh
melepasi palang.
Teknik ini telah ditiru oleh seorang
Jerman bernama Pierre Lewden yang kemudiannya terus mempopularkan gaya ini.
Teknik lompatan ini menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.
Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut :
i.
Peserta
membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan
sendiri.
ii.
Peserta
membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan
kaki sebelah lagi.
iii.
Ketika
kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas,
menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.
iv.
Peserta
mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa
menjatuhkan badan.
Gaya gunting ini bertahan selama
tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 – 1945 ), malah menjadi satu –
satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang mengambil bahagian
dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.
Teknik
Western Roll
Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk
memberi keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan
ketinggian maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George
Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya
lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan
keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi
badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan
melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western
Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika
Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang
melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu
gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi
ketika itu.
Penggunaan gaya lompatan yang baru
ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih
mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih
mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.
Teknik
Gaya Plana
Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang
berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan,
kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.
Pendekatan
larian landas
Pendekatan larian landas untuk melompat
mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :
i.
untuk membentuk penukaran optimum pergerakan
mendatar serta mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang maksimum.
ii.
Mendapat
rentak dan corak larian yang lancar.
iii.
Membolehkan
peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat lonjakan.
Pendekatan larian dalam gaya plana
adalah mengikut garis lurus hingga ke tempat membuat lonjakan. Larian dibuat
dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya antara lima hingga tujuh langkah.
Peserta akan berlari dengan bahagian tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai
gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung kaki.
Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta
akan melepasi palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan
sedikit dari palang. Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat
dikawal daripada terkena palang. Oleh itu
sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 – 45 darjah.
Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk
melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan
menyuruh atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari
dari sebelah kiri tiang tegak ( iaitu
pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah ke arah palang
seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki juga
semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan palang. Gerakan peha adalah
agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu
diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah
yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini
di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok.
Jarak larian boleh ditentukan dengan
menandakan satu bulatan berjejari 50 cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu
tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri atau sebaliknya.
Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari ke hadapan pada sudut 30
darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Tandakan
langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya lari kembali kearah
palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama. Jika langkah itu
tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7
langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan dating.
Lonjakan
Sebelum melonjak, peserta perlu
merendahkan pusat gravity badannya. Teknik melakukannya perlu betul kerana ia
boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut kiri
dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke
belakang serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada
langkah terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang.
Apabila kaki kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi
turut ikut serta.
Ketika inilah kaki kiri ( belakang )
akan membuat lonjakan sekuat yang mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya
gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah
berlaku dengan pantas.
Kedudukan
badan atas palang.
Dalam kebanyakan kes, tangan adalah
bahagian yang pertama sekali melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki
depan yang mendatar di atas palang hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan
yang lain untuk dibawa melepasi palang.
Ketika badan mula melepasi palang,
kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan
dari terkena palang. Tangan kiri dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang,
peserta akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan
membantu pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan
badan melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup
sekadar mengekalkan posisi bengkoknya .
Pendaratan
Selepas berjaya melompat melepasi
palang, peserta terus menuju ke kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan
badan dari posisi mengiring kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke
atas tilam mendarat.
Teknik
Gaya Lentang ( Fosbury Flop )
Gaya
ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa
murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mestilah memastikan bahawa
tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.
Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang
perlu oleh seseorang pelompat iaitu :
1. Fasa penujuan.
2. Fasa lonjakan.
3. Fasa layangan.
4. Fasa pendaratan.
Fasa
penujuan ( larian landas )
Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan
yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan
membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk
melakukan fasa lonjakan seterusnya.
Faktor-faktor itu adalah :-
i)
Kelajuan
:- Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin
tetapi dengan halaju yang terkawal. Ia
akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi
palang.
ii)
Arah :- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada
sudut 20 darjah hingga 30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari
landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal
yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang
sering digunakan dalam gaya
flop seperti berikut;
i)
Lari
lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti
Dick Fosbury.
ii)
Bermula
lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.
iii)
Secara
lari atas garisan lurus menuju ke palang.
Dalam
fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk
membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada
ketinggian peserta dan keberkesanannya
membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat secara
membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian
pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan lengkung.
Larian yang mengikut lengkungan akan
menghasilkan daya centrifugal iaitu daya cenderung untuk keluar dari pusat
putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila
membuat lonjakan.
Jejari lengkungan ( jika menjadi
bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari
lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasanya
berlari pada jarak tersebut.
Biasanya pelompat mengukur tujuh
hingga sembilan langkah larian. Peserta biasanya mengukur jumlah langkah dengan
mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan
palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda
permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah
menambahkan kelajuan untuk melompat.
Larian melengkung inilah yang
menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah
seperti gambar rajah di bawah :
Fasa
lonjakan
Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum
mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang
maka pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan
bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak
seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan
menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada
terkena palang apabila sudah melompat.
Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat
badan peserta ketika melompat. Gaya ini
hampir serupa seperti dalam gaya
plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan
dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan
membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari
denagn permukaan gelanggang. Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan
untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk
memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas palang.
Kaki yang akan melonjak hendaklah
berada dalam posisi seperti gambarajah di bawah:
Rajah 2 Kedudukan
kaki semasa melonjak
Fasa
layangan.
Selepas keseluruhan badan telah
dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba melentikkan badannya utuk
melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk
memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau
lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang.
Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.
Apabila badan mula mendarat,
pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke
atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam
mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada
terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.
Sebaik
sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh akan
berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma
bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan
momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan
memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat
graviti.
Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu. Kepala haruslah didongak ke atas. Sebaik
sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke belakang. Ini menyebabkan
pinggul dan terangkat lalu membentuk arch. Apabila pinggul telah melepasi bar, angkat
hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui merendahkan pinggul ke bawah.
Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan membolehkannya berada dalam
posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah itu, luruskan kaki. Dalam
pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi melalui tangan yang terbuka
ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat. Mendaratlah dengan belakang
bukannya tengkuk.
Rajah.4 Fasa clearance
Fasa
pendaratan
Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik
kepala daan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan
pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).
Dalam fasa ini badan
atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya
kinetik yang makin jatuh makin bertambah.
Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan
kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada.
Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti
cuba mendarat pada bahunya.
Sekiranya
tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk
menyerap hentakan impact.
Wow
ReplyDeleteThank you for sharing your wisdom and insights on your blog. check the vestavia municipal court
ReplyDelete