1. Nyatakan cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.
1.
Nyatakan
cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan
Kesihatan.
Kemahiran berfikir secara kritis ditakrif
sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan
menilai sesuatu hujah dengan mendalam. Kemahiran berfikir secara kritis boleh
dibahagikan kepada 2 komponen iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan
kemahiran menilai secara kritis. Kedua-dua komponen ini boleh digunakan dalam
pengajaran Pendidikan Kesihatan dengan cara:
·
mengenalpasti ciri-ciri
utama dan implikasi ciri-ciri tersebut: mengelas
·
membandingkan dengan perkara
yang lain untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan: membanding dan memebeza
·
Memisahkan suatu perkara
kepada bahagian-bahagian kecil untuk menentukan bagaimana setiap bahagian itu
berfungsi dan merujuk kepada keseluruhan perkara: meneliti perhubugan
bahagian-keseluruhan.
·
Menentukan turutan perkara
secara relative berdasarkan tahap yang berlainan bagi suatu cirri tertentu:
membuat urutan.
Tujuan
untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan:
·
Mencirikan
·
Membanding dan membezakan
·
Mengumpul dan mengelas
·
Membuat urutan
·
Menyusun mengikut keutamaan
·
Menganalisis
·
Mengesan kecondongan
·
Menilai
·
Membuat kesimpulan
Berfikir secara kritis dapat
membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan
maklumat secara berkesan. Dengan ini kita dapat membuat pertimbangan yang lebih
bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelasaikan masalah.
Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti PK, pelajar
perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara menciri,
membanding dan membeza, mangumpul dan mengkelas, membuat urutan, menyusun
mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan pengaruh, menilai dan membuat
kesimpulan.
Setiap guru perlu membina atau mencari kaedah
pengajarannya yang tersendiri berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas
pendidikan dan prinsip-prinsip lain. Hal ini merupakan kunci kepada kejayaan
pencapaian dalam PK. Kebijaksanaan, kesungguhan, kebolehan mengunakan idea-idea
dan semangat yang kuat akan mendatangkan
hasil yang lebih baik dalam pendidikan kesihatan.
Selain itu, cara-cara berfikir secara kritis dalam
pengajaran PK ialah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membina kefahaman
pelajar seperti mencari maklumat berkaitan tajuk mengurus diri dan cara
menghindari penyakit berjangkit.
Kesimpulannya, kemahiran kritis adalah untuk membolehkan
murid memahami, menilai serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang
diterima dalam pelbagai situasi.
Comments
Post a Comment