PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM
Terdapat pelbagai punca yang mendorong
berlakunya gejala sumbang mahram ini. Antaranya ialah keimanan
yang lemah dan gagal mengawal nafsu. Mereka gagal mengawal nafsu
mereka apabila sesetengah golongan remaja perempuan yang mempunyai sikap suka
menggoda disamping cara pemakaian yang boleh mengugat kaum Adam ini,
terutamanya lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks
secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan rendah
diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya
akan menyebabkan berlakunya kes sumbang mahram ini.
Punca seterusnya ialah tidak
mengamalkan kehidupan yang disyariatkan oleh Islam. Pengetahuan agama
yang cetek atau kurang penghayatan agama dalam diri individu masyarakat kini
juga telah mempengaruhi gejala subang mahram ini. Penerapan ajaran agama
Islam dalam diri masyarakat dan dikalangan ahli keluarga perlu dititikberatkan
dari masa ke semasa dan perlu diambil tindakan yang serius. Anak-anak
perlu dididik mengenai nilai-nilai kehidupan dan agama yang perlu dipatuhi
sejak dari kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
Selain itu, pertambahan masalah ini turut
disertai oleh perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Lambakkan
bahan-bahan lucah turut mempengaruhi pemikiran dan psikologi para remaja yang
mempunyai perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru.Mereka dengan mudah
memperoleh bahan-bahan ini di internet dan malah ia turut dijual secara meluas
di premis-premis perniagaan.Kemudahan internet dan teknologi maklumat juga
telah disalah gunakan oleh golongan remaja ini. Bahan lucah yang diperoleh
akan dijadikan sumber dan mereka akan cuba mempraktikkan apa yang
telah mereka lihat ke dalam kehidupan sebenar mereka.
Contoh bahan lucah
(sekadar gambar hiasan)
Punca berikutnya ialah keruntuhan
institusi keluarga. Ibu bapa tidak perihatin tentang anak-anak dan
tidak mengambil kira dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan bergaul, apa
yang mereka lakukan di rumah, sekolah, kolej atau universiti dan sebagainya.
Hal ini kerap melanda pasangan ibu bapa yang sudah berpisah atau
bercerai. Mereka tidak mengawal atau memantau anak-anak mereka sama ada di
dalam atau di luar rumah kerana fokus utama mereka lebih kepada pekerjaan dan
wang ringgit.Kesibukan dalam menjalankan tugas menyebabkan mereka tiada masa
untuk pasangan dan anak-anak disamping sikap yang tidak bertanggungjawab
terhadap keluarga. Ada juga sesetengah keadaan di mana ibu menyedari
tentang apa yang terjadi tetapi tidak berdaya untuk menegahnya atas sebab-sebab
tertentu seperti takutkan suami atau sedar tentang kesilapan dirinya yang telah
mengabaikan keperluan suami dan anak-anaknya.
Seterusnya ialah tahap ekonomi
keluarga yang rendah.Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai ruang
bilik yang cukup akan mempengaruhi perhubungan adik-beradik yang berlainan
jantina. Tidak semua keluarga mempunyai taraf kehidupan yang senang, kita
sedia maklum bahawa di Malaysia terdapat sebilangan besar keluarga
yang terpaksa hidup berhimpit di dalam sebuah rumah yang kecil dengan bilangan
ahli keluarga yang ramai. Mereka tidak dapat mengasingkan anak-anak perempuan
dan lelaki terutamanya apabila anak-anak mula mencapai peringkat akil baligh.
Gejala sumbang mahram ini bukan saja berlaku di negara kita tetapi amat meluas di iceland akibat keadaan unik di pulau itu: https://thevexingworld.blogspot.com/2017/08/hubungan-seks-sedarah-di-iceland.html
ReplyDelete