Peraturan Badminton
PERATURAN
Membuat
Servis
Servis
merupakan pukulan pertahanan. Servis boleh menjadi pukulan serangan jika
dilakukan dengan baik dan betul. Perubahan taktik dan penggunaan jenis servis
yang berbeza-beza akan menyebabkan pemain lawan tidak dapat dengan baik servis
itu. Penerima mempunyai kelebihan kerana dia tahu bulu tangkis tentu dipukul ke
atas dan terhad pada petak servis yang ditetapkan. Dia akan berada dalam
keadaan yang bersedia. Jika servis dibuat dengan baik, ia merupakan cara paling
mudah mendapatkan mata.
Menerima
Dan Mengambil Servis
Menerima dan mengembalikan servis
dianggap sebagai satu pergerakkan yang penting dalam permainan Badminton. Ini
juga merupakan satu lagi kemahiran asas yang penting. Walaupun sering dianggap
sebagai satu cara atau taktik bertahan tetapi servis ini lebih merupakan taktik
menyerang yang paling berkesan. Sebagai kemahiran asas, servis ini penting
kerana pergerakkan ini akan menentukan sama ada pukulan dibuat atau terus
dimatikan.
Membuat
Pukulan
Membuat pukulan atau storck play
merupakan kemahiran asas ketiga terpenting di dalam permainan badminton selepas
kemahiran membuat servis dan menerima servis. Sebagai kemahiran asas, setiap
pemain perlu tahu membuat pukulan dan pada masa yang sama dapat menggunakan
sesuatu pukulan untuk sesuatu situasi tersebut.
Taktik
Pemain Perseorangan
Cara
Bermain
Permainan dimainkan oleh 2 orang
pemain, seorang di sebelah kiri jaring dan seorang lagi di sebelah kanan
jaring. Selepas pengundian, penentuan servis dan gelanggang dibuat, mereka akan
bergerak ke kawasan yang ditentukan. Pemain A yang akan memulakan servis akan
melakukannya dari kawasan kanan gelanggangnya.
Arah atau kawasan yang akan dihantar
bulu tangkis ialah kawasan kanan lawan. Ini bererti untuk membuat servis
pertama bahagian kanan gelanggang yang sahaja digunakan. Selepas bulu tangkis
disentuh oleh lawan, kedua-dua pemain bebas bergerak di seluruh kawasan dalam
gelanggang.
Pembuat servis boleh menghantar bulu
tangkis ke mana-mana tempat di dalam petak berjalur di kawasan lawan. Dia juga
boleh menggunakan sebarang servis yang dibenarkan. Setelah pemain berkenaan berjaya
memungut mata pertama, dia akan membuat sebarang servis di sebelah kiri
gelanggangnya untuk menerima servis itu. Pertukaran tempat membuat servis akan
berlaku jika seseorang pemain berjaya memungut atau menambah matanya untuknya.
Dalam menggunakan sebarang taktik atau
strategi permainan perseorangan biasanya taktik itu bermula daripada servis.
Setelah itu barulah boleh dimasukkan taktik atau strateginya, sama ada untuk
menyerang atau bertahan. Sebelum membincang taktik yang digunakan, kita lihat
dahulu beberapa cirri penting permainan perseorangan.
Comments
Post a Comment