Sejarah Bola Keranjang
1.0 SEJARAH
BOLA KERANJANG
Sukan bola keranjang mula
diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891. Ketika itu beliau adalah
seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat. Sejak
permainan ini diperkenalkan, ia adalah satu jenis permainan riadah terutama
sekali pada musim sejuk. Bola yang digunakan adalah bola sepak dan sejenis
bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol.
Kemudian, beberapa tahun selepas itu,
terdapat banyak perubahan yang berlaku dari segi undang-undang permainan dan
teknikal. Perubahan yang terbaru ialah merupakan satu garisan yang melengking
menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya jaringan dilakukan dari luar
garisan tersebut adalah jaringan dari jauh dan 3 mata akan diberikan kepada
pasukan yang berjaya.
Permainan bola keranjang memerlukan pemain-pemain yang
tinggi lampai kerana ianya mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol.
Jengkauan tangannya adalah lebih jauh dan tinggi. Namun demikian, beberapa
aspek lain adalah seperti ketangkasan dan kecergasan serta kemahiran dalam
permainan adalah suatu faktor yang sangat penting bagi menjamin kemenangan
sesuatu pasukan.
Permainan bola keranjang adalah suatu permainan yang
sangat menarik dan mencabar. Pemain-pemain sentiasa bergerak lincah sepanjang
masa permainan. Sesuatu pasukan yang sedang bertahan mungkin akan secara
tiba-tiba bertindak pantas menyerang ke kawasan gol pasukan lawan dan bola
sentiasa bertukar tangan.
rasanya ini satu perkongsian yang baik. Tapi agak kurang lagi info ini, kalau awak tambah lagi mesti best. satu lagi awak letak la senarai rujukan kat bawah, baru orang percaya kalau baca. kan?
ReplyDeletefacebook,com
ReplyDeleteVery good
ReplyDeletethanks bye
ReplyDelete"Get the hottest transfer news, transfer gossip and match results every day! Be the first to know about the biggest events in the world of football." For complete information, visit our website here https://shotsgoal.com/
ReplyDelete