Acara Jarak Sederhana:1500 meter
Acara Jarak Sederhana:1500 meter
Satu
lagi acara yang tergolong sebagai acara lari jarak sederhana ialah 1500 meter.
Sekali lagi ada sesetengah pihak tidak bersetuju mengkategorikan 1500 meter
sebagai acara jarak sederhana, sebaliknya mereka lebih meletak acara ini
sebagai acara lari jarak jauh. Bagaimanapun, mengikut pembahagian tidak rasmi yang
dibuat oleh IAAF, acara ini lebih sesuai digolongkan sebagai acara lari jarak
sederhana. Atas alasan ialah kerana, risalah kebanyakan buku tentang
sukan olahraga yang ditulis oleh penulis-penulis barat, memasukkan acara ini
sebagai acara lari jarak sederhana.
Jarak
acara ini ialah tiga pusingan balapan 400 meter dan diikuti dengan jarak 300
meter lagi. ini bermakna pelari dikehendaki berlari sejauh 3 ¼
pusingan. Permulaannya ialah pada akhir selekoh pertama balapan.
Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita, dari peningkat sekolah
hinggalah ke peringkat antarabangsa.
Latihan
yang intensif dan konsisten amat penting bagi mereka yang ingin mengambil
bahagian dalam acara ini dan sesuatu yang tidak semudah yang dijangkakan untuk
mencapai tahap kecergasan dan ketahanan yang tinggi untuk berlari pada jarak
sebegini.
Ramai
berpendapat bahawa kaedah latihan yang progresif yakni daripada yang senang
kepada yang sukar, digalakkan bagi mencapai kejayaan. bagi mencapai peringkat-peningkat
mi, pelari harus melalui latihan yang lama dan bersistem supaya jantung,
paru-paru dan otot dapat dilazimkan bagi memperoleh keperluan oksigen apabila
kadar larian ditingkatkan.
Aturan dan Cara Larian
1.
Pelari akan berlari sejumlah 3 % pusingan balapan 400 meter, yang bermula pada
akhir selekoh pertama balapan.
2. Pelari
akan berlari tanpa mengikut lorong dan mula hingga ke akhir penlumbaan.
3. Pelari
tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian, cuba
penghalang pelari lain atau merempuh pelari lain ketika berlari.
4. Pelari
hendaklah mula berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai
pelepas.
5. Pelari
dibenarkan memakai kasut lanian atau spikes, kasut biasa, atau tanpa berkasut.
Bagaimanapun adalah lebih baik dan wajar mereka memakai spikes bagi memudahkan
larian.
6. Pelari
hendaklah menamatkan larian dengan melepasi pita atau gansan penamat yang
disediakan.
7. Pelari
hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan olahraga dan khasnya untuk
acara ini.
8. Pegawai
perlumbaan akan memberi isyarat apabila pelari mempunyat baki satu lagi
pusingan lariannya.
9. Pelari
hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan
keputusan yang dicapai dan disahkan oleh pegawai perlumbaan adalah muktamad.
10. Pelari
tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantu atau bahan-bahan penguat yang
dilarang oleh IAAF.
Comments
Post a Comment