PERALATAN SUKAN HOKI
PERALATAN
SUKAN
Setiap permainan mempunyai peralatannya
tersendiri. Begitu juga dengan
hoki. Bagi mengelakkan kecederaan
berlaku semasa bermain, kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang
telibat.
2.1 PADANG
Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i)
Berbentuk
segi empat bujur.
ii)
Berukuran
91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
iii)
Garisan
panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai
garisan belakang.
Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk
lampiran (a).
2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i)
Satu
garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan
berukuran 14.63 meter.
ii)
Dua
suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter
ke garisan belakang.
iii)
Dikenali
sebagai kawasan D.
iv)
Strok
penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti
yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.
2.3 PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga
hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu
tidak mempunyai matlamat untuk dicapai.
Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol
masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol
hoki adalah seperti berikut:
i)
Terletak
di tengah-tengah garisan belakang.
ii)
Diperbuat
daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar)
dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter.
iii)
Ketinggian
tiang berukuran 2.14 meter.
iv)
Tiang
tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan
dalam antara 5.0 m – 7.5 m.
v)
Semua
tiang gol dicat putih.
2.4 JARING
Jaring merupakan pasangan bagi pintu
gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang
tengah dan tiang mendatar. Jaring
mempunyai ‘mesh’ berukuran 45 mm dan
berbentuk empat segi.
2.5 TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat
tiang bendera yang dinamakan bendera sudut.
Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50
meter. Bendera-bendera ini diletakkan di
luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan
pemain.
2.6 BOLA
Ciri-ciri bola:
i)
Keras,
pejal atau kosong
ii)
Permukaan
licin
iii)
Berwarna
putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak)
iv)
Berat
: 156 g (minimum) – 163 g (maksimum)
v)
Ukur
lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum)
2.7 KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i)
Rata
di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan.
ii)
Pada
bahagian back stick tidak dibenarkan
untuk memukul bola. Hanya permukaan muka
kayu yang dibenarkan.
iii)
Bahagian
lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’.
iv)
Kayu
hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi
kayu.
v)
Tebal
kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya.
vi)
Kayu
hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah
menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.
2.8 KASUT
i)
Sukan
hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain
lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes)
tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah
digalakkan. Kasut khas turut digunakan
ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan
pemain.
2.9 ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga
keselamatan dengan baik. Hal ini
bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai
oleh penjaga gol adalah seperti:
i)
Ped
kaki
-
Dipakai
pada pergelangan kaki hingga lutut.
-
Dipasang
bersama kickers.
-
Bahagian
kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped
disambungkan kepada kickers diatas
pergelangan kaki.
-
Ped
hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan.
ii)
Sarung
tangan
-
Diperbuat
daripada kulit dan plastik
-
Sarung
tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola
yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam.
-
Sarung
tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh.
-
Sarung
tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.
iii)
Alat-alat
lain
-
pelindung
dada
-
ped-ped
bahu
-
penutup
muka
-
pelindung
mulut
-
seluar
berped
-
pelindung
kemola (untuk penjaga gol lelaki)
2.10 PERMUKAAN BERMAIN
Permukaan sintetik kian popular digunakan di
setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai
tanda selar (brands) digunakan dan
disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Banyak pic-pic sintetik diisi dengan
pasir dan menyebabkan kecederaan seperti
lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.
LED Display panel specialist www.facebook.com/JTAsiaTrading
ReplyDeletegolden goose outlet
ReplyDeletejordan shoes
lebron james shoes
yeezy shoes
off white
a bathing ape
kd 13
hermes handbags
kyrie shoes
air jordan
replica bags paypal replica bags uk replica bags online shopping india
ReplyDeleteYour blog is a haven of knowledge – thank you for opening the door. Also check the san antonio municipal court
ReplyDelete