MASALAH-MASALAH MATA DALAM MASALAH PENGLIHATAN
MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN 1. Katarak Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :- Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. · Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas. · Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi · ...