MID NUFF

PENGENALAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


  Pengenalan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan harian seorang murid. RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia.  Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan masyarakat.
 
Objektif RMT adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,    terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan  dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu  usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.  Di samping itu, RMT juga bertujuan  untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada  murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.  RMT juga adalah untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung serta  mengendalikan tabiat-tabiat sopan santun disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. RMT juga adalah untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah dalam pengelolaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI