Kemahiran Badminton (DETAIL)
7.0 KEDUDUKAN
DAN PERGERAKAN ASAS
7.1 POSISI
ATAU POSTUR PERSEDIAAN
Ini
merupakan posisi atau postur persediaan untuk semua pergerakan dalam permainan
badminton. Pemain sepatutnya:
1. Memastikan
berat badan mereka condong ke hadapan sedikit.
2. Berada
di atas bebola atau di hujung kedua-dua kaki secara seimbang.
3. Bengkok
sedikit di bahagian lutut.
4. Mempunyai
kedudukan kaki yang bergerak dengan sedikit dan ringan.
5. Jarak
kaki selebar bahu.
6. Raket
di hadapan badan dan raket kapala atas.
7. Siku
dalam keadaan relaks dan jauh dari badan.
8. Memerhatikan
pihak lawan dan bulu tangkis (membuat antisipasi pukulan).
Rajah
7.1 Posisi atau postur persediaan
Posisi dalam Fasa Pertahanan
Semasa
pertahanan, raket dipegang melintasi bahagian perut atau abdomen dan mempunyai
jarak yang sama bagi pukulan hadapan atau forehand
dan kilas atau backhand.
Rajah
7.2: Posisi dalam fasa pertahanan
7.2 POSISI
DALAM FASA SERANGAN
Dalam
serangan, kedudukan raket mesti dipegang di hadapan dan pada aras atas kepala
untuk tindakan serangan yang cepat ke atas hantaran pihak lawan yang lemah.
Posisi ini juga digunakan untuk menerima servis daripada pihak lawan.
Rajah
7.3: Posisi dalam fasa serangan
7.3 GERAK
KAKI DALAM BADMINTON
Gerak
kaki adalah kebolehan seseorang pemain badminton bergerak dengan cekap dan
lincah dalam gelanggang permainan. Pergerakan ini melibatkan banyak berhenti
dan mula, perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau bulu tangkis dan berbalik
kepada situasi asal bersedia (pusat operasi). Kebanyakan pergerakan asas adalah
dari arah sisi ke sisi, ke hadapan dan ke belakang. Pergerakan ke hadapan
adalah lebih senang berbanding pergerakan ke belakang atau ke sisi. Oleh itu,
ramai pemain merasakan senang dan cepat bergerak ke hadapan jaring berbanding
bergerak ke belakang. Jika seorang pemain mempunyai gerak kaki yang baik,
imbangan pemain akan sentiasa kekal, keyakinan pemain untuk bergerak ke seluruh
gelanggang akan meningkat dan kelajuan pergerakan dapat dipertingkatkan.
Pergerakan ke sisi membenarkan
pemain bergerak dengan cepat ke hadapan dan ke belakang, menukar arah,
kedudukan dan mudah untuk menukar rentak atau pace yang cepat dan membantu pemain membuat jangkauan yang baik.
Secara amnya, pergerakan ini merupakan satu atau dua lompatan pendek (skip) dan didikuti dengan pukulan atau strike yang panjang.
Rajah
7.4 (a) Menjangkau ke kanan dengan satu langkah yang panjang
(b) Menjangkau ke kiri dari bawah secara
kilas
Pergerakan ke Hadapan
Dalam
kedudukan bersedia, cara yang paling cepat untuk bergerak ke hadapan adalah
dengan berlari. Jika pemain tersebut tinggi, pemain itu hanya memerlukan satu
atau dua langkah untuk sampai ke tengah gelanggang dan dua langkah untuk sampai
ke hadapan jaring. Berapa langkah yang diperlukan untuk sampai adalah tidak
penting, tetapi perlu diingatkan bahawa apabila bergerak ke hadapan, kedudukan
badan perlu betul dan raket mesti dipegang dalam posisi bersedia. Apabila
mengambil bulu tangkis ke hadapan, kepala raketlah yang akan menyentuh bulu
tangkis. Oleh itu, keseluruhan badan tidak perlu bergerak ke hadapan
gelanggang. Pemain perlu menganggarkan jarak yang sesuai untuk berhenti dan
membuat satu langkah yang akhir ke hadapan untuk berada dalam kedudukan untuk
membuat pukulan yang sepatutnya.
Pergerakan ke Belakang
Pergerakan
ke belakang dari jaring boleh dilakukan secara berkesan dengan berlari, skipping atau pergerakan mengejar. Walau
apapun cara yang dipilih oleh pemain, mereka memerlukan tiga tindakan asas
iaitu:
1. Sebelum
bergerak ke belakang, raket perlu ditarik paras bahu ke belakang dengan memutar
bahagian pinggang dan badan sebanyak 45°.
2. Pastikan
kedua-dua kaki berada rapat dengan lantai semasa bergerak.
3. Lakukan
langkah yang besar pada langkah terakhir untuk membantu pemain berhenti serta
mengekalkan kestabilan dan imbangan
Berlari
ke belakang boleh dicapai dengan menggerakkan kedua-dua belah kaki secara
berselang seli ke belakang. Semasa bergerak ke belakang, pastikan bahagian atas
badan dan kepala tidak banyak bergerak. Ini adalahuntuk mengekalkan imbangan
dan kedudukan badan yang baik. Apabila membuat skipping ke belakang, kaki yang
tidak mempunyai raket akan sentiasa berada di hadapan kaki satu lagi. Kaki yang
mempunyai raket akan menendang ke belakang setiap kali langkah dilakukan.
Pergerakan
mengejar adalah hampir sama dengan pergerakan skipping tetapi ia dilakukan
dengan membawa kaki yang tidak mempunyai raket sebaris dan bersebelahan dengan
kaki yang ada raket. Ini diikuti dengan kaki yang ada raket bergerak ke
belakang dalam pergerakan yang berikutnya.
8.0 KEMAHIRAN
ASAS
8.1 MEMEGANG
RAKET
Cara
raket badminton dipegang adalah sangat penting. Raket perlu dipegang dengan
betul untuk mendapatkan pukulan yang tepat dan berkesan.
8.1.1 GENGGAMAN
Berikut
ialah cara-cara untuk memperoleh genggaman raket yang baik bagi pemain tangan
kanan:
1. Cara
1: Raket dipegang pada bahagian leher raket di tangan kiri bersudut tepat
dengan lantai. Pemain meletakkan tangan kanan dengan jari-jari terbuka ke atas
tali raket. Pemain menggerakkan tangan kanan dari atas raket melalui tangkai
atau shaft raket ke bawah pemegang
raket atau handle. Jari-jari pemain
akan menggenggam di sekeliling pemegang raket apabila bahagian bawah tangan
kanan sampai ke penghujung pemegang raket.
2. Cara
2: Jurulatih atau seorang pemain memegang kepala raket dengan kedudukan selari
dengan lantai. Hujung pemegang atau handle
raket dihulur kepada seorang pemain yang akan menerima raket itu secara
berjabat tangan.
3. Cara
3: Raket diletak di atas lantai dengan hujung batang raket dalam kedudukan
sudut tepat dengan permukaan lantai. Pemain akan mengambil raket tersebut
seperti beliau hendak membuat potongan ke atas kayu dengan menggunakan hujung
batang raket.
Rajah
8.1: Cara-cara genggaman raket
Genggaman
asas yang betul mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Pembentukan
V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atau handle raket.
2. Jari-jari
terbuka sedikit dan bahagian pemegang atau handle
raket rehat di atas bahagian sebelah bawah jari-jari.
3. Perlu
diberi ruang di antara bahagian pemegang atau handle raket dan tapak tangan supaya raket digenggam dengan hujung
jari-jari pemain.
4. Keseluruhan
bahagian pemegang atau handle raket
tidak melepasi tangan.
5. Pastikan
raket adalah sebahagian daripada tangan pemain.
Rajah
8.2: Genggaman asas
8.1.2 GENGGAMAN
KILAS
Untuk
memperoleh genggaman kilas atau backhand
yang betul, pemain perlu:
1. Pegang
raket seperti genggaman asas.
2. Genggaman
mestilah relaks dan dipusingkan bahagian pemegang atau handle raket dengan jari-jari dalam anggaran 30° ke kanan.
3. Letakkan
ibu jari di atas bahagian pemegang atau handle
raket di bahagian belakang raket yang leper. Kedudukan ibu jari ini memberi
daya kepada pukulan dan mengawal raket.
Rajah
8.3: Genggaman kilas
8.1.3 MEMBUAT
PUKULAN ASAS
Pergerakan
membuat pukulan dalam badminton adalah serupa dengan pergerakan membuat
balingan secara bebas. Permainan pergelangan tangan memainkan peranan yang
penting dalam membuat pukulan asas dalam sukan badminton. Pergelangan tangan
yang boleh bertukar arah dari kanan dan kiri atau bengkok ke belakang atau ke
hadapan menentukan arah bulu tangkis akan bergerak di udara. Dengan memusingkan
tapak tangan, pergelangan dan forearm
permukaan raket akan sentiasa bersudut tepat dengan bulu tangkis.
Pukulan atas kepala adalah sama
seperti membaling bola kriket dari sempadan. Pukulan sisi lengan adalah sama
seperti membaling seketul batu supaya ia bergerak meluncur di atas permukaan
air di sungai. Pukulan bawah tangan pula adalah seperti membuat lambung bola
tenis kepada pemain yang baru belajar memukul bola.
Kawasan Membuat Pukulan
Kawasan
pukulan atau stroke areas adalah
berdasarkan posisi bulu tangkis dan arasnya ketika ia dipukul. Pukulan dalam
badminton bolah dibahagikan kepada tiga kawasan pukulan iaitu:
1. Pukulan
atas kepala atau overhead stroke.
2. Pukulan
sisi lengan atau sidearm stroke.
3. Pukulan
bawah tangan atau underarm stroke.
Ketiga-tiga
pukulan atau stroke ini boleh dilakukan secara:
1. Pukulan
hadapan (forehand):Ini adalah
kedudukan apabila bulu tangkis berada lebih ke ruang di sebelah tangan raket.
2. Pukulan
kilas (backhand): Ini adalah
kedudukan apabila bulu tangkis adalah lebih ke ruang di sebelah tangan bebas.
Oleh
itu, kedudukan pemain dan arah pergerakan bulu tangkis akan mempengaruhi jenis
pukulan dalam permainan badminton.
Pergelangan Tangan
1. Sebelum
melakukan sesuatu pukulan atau stroke,
pergelangan tangan perlu dibengkok ke belakang atau mencekah.
2. 55
cm hingga 65 cm sebelum membuat sentuhan dengan bulu tangkis, pergelangan
tangan perlu berada dalam keadaan relaks dan tidak mencekah. Ini adalah untuk
menambahkan lagi kelajuan pergerakan pergelangan tangan dan seterusnya kelajuan
pergerakan lengan memukul. Jika mengatur masa dengan betul, tindakan ini akan
menghasilkan kuasa pukulan yang kuat.
3. Untuk
pukulan yang ada kuasa, memperdayakan dan curam, maka penggunaan pergelangan
tangan perlu dibengkok dengan tiba-tiba dan betul serta tepat mengatur masa.
8.1.4 AYUNAN
RAKET
Semasa
membuat sesuatu pukulan atau stroke dalam badminton, terdapat empat fasa yang
penting, iaitu fasa ayunan raket ke belakang, fasa ayunan ke hadapan, fasa
semasa konteks dan fasa ikut lajak. Fasa-fasa ini merupakan keseluruhan
pergerakan yang dilakukan oleh semua pukulan dalam badminton.
Rajah
8.4; Ayunan raket untuk pukulan atas kepala
Ayunan ke Belakang
Apabila
bulu tangkis berada pada ketinggian yang paling tinggi, raket akan diayun ke
belakang secara teguh. Dengan membengkokkan siku, kepala raket akan dibawa ke
bawah tulang belikat bahu kanan. Pada masa yang sama, pergelangan tangan berada
dalam keadaan mencekah. Tindakan tersebut meletakkan pemain dalam keadaan
posisi sisi dengan berat badan pemain di belakang kaki dan lututnya bengkok
sedikit.
Rajah
8.5: Ayunan ke belakang
Ayunan ke Hadapan
Apabila
bulu tangkis mula turun, kepala raket dibaling ke atas untuk menemui bulu
tangkis. Pergerakan di bawah akan menunjukkan bagaimana tubuh badan pemain
bergerak semasa melakukan ayunan ke hadapan:
1. Pangkal
tapak tangan akan mendahului dalam pergerakan.
2. Bahagian
lengan akan diluruskan secara tiba-tiba.
3. Lebih
kurang 0.5 m sebelum membuat sentuhan, pergelangan tangan tidak akan mencekah.
4. Badan
pemain akan ditolak ke atas supaya berat pemain akan digunakan dalam pukulan.
5. Badan
dan lengan adalah rapat dan dalam satu garis lurus. Ini bertujuan untuk memberi
kuasa dan kawalan dalam pukulan.
Lengan
kiri bergerak dalam arah yang bertentangan dalam tindakan ayunan ke hadapan
atau ke belakang. Ini bertindak sebagai mengimbang balas pergerakan. Lengan
kiri juga digunakan oleh beberapa pemain sebagai panduan memperlihatkan bulu
tangkis semasa melakukan pukulan ‘hadapan atas kepala’
Rajah
8.6: Ayunan ke hadapan
Kedudukan Semasa Konteks atau Sentuhan
Kedudukan
semasa konteks atau sentuhan adalah di sebelah kanan dan di hadapan kepala
pemain. Pada ketika itu, lengan yang membuat pukulan perlu lurus untuk
memastikan konteks berlaku pada ketinggian yang paling tinggi. Kepala raket
dipukul menuju dan melalui bulu tangkis dan muka raket adalah bersudut tepat
dengan pangkal bulu tangkis.
Rajah
8.7: Kedudukan semasa konteks atau sentuhan
Pukulan Ikut Lajak
Dalam
pukulan ikut lajak:
1. Kepala
raket akan terus melalui garisan lurus penerbangan bulu tangkis selama yang
boleh.
2. Kepala
raket ditujukan ke arah kawasan yang ditetapkan.
3. Raket
di bawah melintangi badan sehingga ketinggian pada aras pinggang.
4. Bagi
kawalan yang baik, bulu tangkis dan kepala raket berkonteks seberapa lama yang
boleh mengikut aliran bulu tangkis.
Tindakan
memindahkan berat badan ke hadapan kaki supaya tubuh badan adalah bersudut
tepat dengan jaring.
Rajah
8.8: Fasa ayunan persediaan, fasa sentuhan dan fasa pemulihan
Pemulihan
Raket
diayun ke bawah melintangi badan dan berat badan dipindah ke hadapan kaki.
Pemain yang mempunyai imbangan baik akan bergerak dengan licin dan lancar ke
tengah gelanggang atau pusat operasi bersedia untuk mengmbil pukulan pihak
lawan sebelum pihak lawan dapat melakukan pukulan bulu tangkis.
Rajah
8.9: Fasa pemulihan
8.2 MEMBUAT
SERVIS
Pukulan
servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain badminton mestilah
menguasai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat. Servis merupakan kemahiran
asas yang terpenting kerana setiap mata yang dipungut oleh pemain bermula dari
servisnya. Secara amnya, di dalam permainan badminton terdapat empat jenis
servis iaitu servis tinggi, servis rendah, servis flik dan servis kilas.
Servis Tinggi
Kemahiran
servis tinggi biasanya digunakan dalam permainan perseorangan. Tujuannya adalah
supaya pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk
membalas servis dan sukar untuk melakukan serangan. Ini akan menyebabkan gelanggang
sebelah hadapan pihak lawan terdedah. Bulu tangkis dipukul dari tempat
permulaan biasa atau belakang sedikit ke belakang dan dihantar ke ketinggian 22
hingga 30 kaki ke belakang gelanggang pihak lawan.
Pemain memegang raket secara pepat (forehand). Bulu tangkis dipukul setinggi
22 hingga 30 kaki supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam
permainan regu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.
Cara Membuat Servis
1. Dalam
kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang, berat badan dipindah ke kaki
belakang. Bahagian kiri bahu pemain (tangan bebas) menghadap ke arah servis.
2. Raket
diayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu tangkis dilepaskan serentak semasa
raket diayun ke hadapan. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan sambil mengilaskan
badan untuk menghadap jaring. Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras
pinggang.
3. Dalam
fasa ikut lajak, raket terus diayun ke atas mengikut arah pergerakan bulu
tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi dan melepasi aras
pinggang dan bahu tangan bebas.
Rajah
8.10: Servis tinggi
Servis Rendah
Kemahiran
ini amnya digunakan oleh pemain dalam permainan regu. Bulu tangkis dipukul
supaya ianya melepasi aras ketinggian jaring dan jatuh di garisan hadapan
gelanggang pihak lawan.
Pemain memegang raket secara pepat
atau forehand semasa melakukan servis rendah. Untuk kawalan yang baik dalam
kemahiran servis rendah, pemain boleh memendekkan sebanyak enam inci bahagian
pemegang atau handle raket untuk kawalan yang baik.
Cara-cara
melakukan servis rendah:
1. Dalam
kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang badan sedikit dan berat badan
dipindah ke kaki belakang. Pergelangan tangan raket dikuncikan.
2. Semasa
bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan dan seluruh lengan
mengayun bersama-sama ke hadapan.
3. Bulu
tangkis disentuh di hadapan sedikit pada ibu jari kaki hadapan.
4. Pastikan
bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.
5. Ikut
lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.
Rajah
8.11: Servis rendah
Servis Flik
Servis
flik adalah sama seperti servis rendah tetapi pada saat-saat terakhir pemain
akan melakukan tindakan menguis atau pukulan flik. Pukulan flik ke atas bulu
tangkis secukup tinggi melepasi pihak lawan atau penerima. Servis ini selalunya
digunakan dalam permainan regu dan merupakan variasi kepada servis rendah. Ia
digunakan sebagai satu tindakan untuk memerangkap pihak lawan secara mengejut.
Untuk memerangkap pihak lawan, laluannya adalah sama seperti servis rendah
sehingga kira-kira satu kaki sebelum raket menyentuh raket, pergelangan tangan
dilonggar untuk melakukan flik atau kuis.
Rajah
8.12: Penerbangan bulu tangkis dalam servis flik (A) dan servis rendah (B)
Servis Kilas
Kemahiran
servis ini dilakukan dengan memegang raket secara kilas. Servis ini merupakan
satu variasi kepada servis rendah pepat atau forehand. Ia biasanya digunakan dalam permainan regu.
Cara
membuat servis kilas:
1. Raket
berada di hadapan badan dan siku (tangan yang memegang raket menghala ke
garisan tepi). Kepala raket dituju ke bawah di hadapan kaki kiri.
2. Tangan
yang bebas memegang bulu tangkis di bawah sedikit dari aras pinggang.
3. Apabila
bulu tangkis dilepaskan, gerakkan raket ke hadapan dan tolak bulu tangkis ke
hadapan melepasi jaring depan.
4. Pastikan
bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.
5. Ikut
lajak raket adalah singkat.
Rajah
8.13: Servis kilas
PERATURAN SERVIS
Servis
adalah sangat penting dalam permainan badminton kerana setiap mata yang
dipungut oleh pemain bermula daripada servisnya. Oleh yang demikian, adalah
penting bagi setiap pemain memastikan bahawa cara melakukan servis adalah betul
kerana ia menjadi satu faktor untuk memenangi sesuatu perlawanan. Peraturan
servis perlu diambil perhatian oleh semua pemain. Perkara-perkara berikut boleh
membatalkan servis:
1. Bingkai
raket berada tinggi dari aras pinggang semasa servis dilakukan.
2. Tidak
keseluruhan kepala raket berada di bawah tangan pembuat servis.
Rajah
8.14: Peraturan servis
8.3 MEMBUAT
PUKULAN
Membuat
pukulan atau stroke play merupakan
kemahiran asas ketiga yang penting di dalam permainan badminton selepas
kemahiran membuat servis dan kemahiran menerima servis. Sebagai kemahiran asas,
setiap pemain perlu mengetahui cara untuk membuat pukulan dan seterusnya dapat
menggunakan sesuatu pukulan untuk sesuatu situasi tertentu.
1.
PUKULAN
DERAS
Pukulan
deras atau drive merupakan pukulan
sisi badan. Bulu tangkis dipukul ketika ia berada dalam kedudukan di antara
atas bahu dengan pinggang pemain. Pukulan ini digunakan sebagaai satu pukulan
pertahanan dan kadangkala digunakan sebagai serangan dalam permainan
perseorangan atau regu. Pukulan ini dilakukan lebih kurang di tengah gelanggang
di garisan tepi dan pukulan adalah laju dan pipis. Kegunaannya adalah sebagai
pengganti smesy kerana bulu tangkis tidak boleh dipukul dengan baik semasa
menyerang atau kerana bulu tangkis telah jatuh daripada ketinggian jaring.
Pukulan ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu pukulan deras pepet atau
pukulan hadapan (forehand drive) atau
pukulan deras kilas atau backhand drive.
Pukulan Deras Hadapan
Kemahiran
ini dilakukan di sebelah kanan sisi badan pemain (pemain tangan kanan).
Perlakuannya hampir sama dengan pergerakan membuat lemparan dari sisi badan
dalam permainan sofbol.
Langkah-langkah untuk membuat
pukulan deras hadapan ialah:
1. Raket
dibawa ke belakang dekat badan sebagai langkah bersedia.
2. Sambil
membuat ayunan, kaki kanan (sebelah tangan raket) melangkah ke hadapan dan
badan direndahkan sedikit.
3. Semasa
memukul bulu tangkis, lengan diluruskan dan sentuhan bulu tangkis adalah kuat
dan mendatar. Ketika itu, berat badan dipindahkan ke kaki hadapan.
4. Sentuhan
raket dengan bulu tangkis berlaku di hadapan sedikit dari kaki hadapan pada
aras ketinggian jaring.
5. Ikut
lajak mengikut aliran bulu tangkis seberapa lama sebelum mengayun raket di
hadapan badan dan seterusnya kembali ke keadaan asal untuk tindakan
selanjutnya.
Rajah 8.16: Pukulan deras pepet atau
hadapan (forehand)
Pukulan Deras Kilas
Pukulan
deras kilas dilakukan apabila bulu tangkis menuju dari sebelah kiri pemain di
antara bahu dengan pinggang. Langkah-langkah untuk membuat pukulan deras kilas
ialah:
1. Raket
dibawa ke belakang, bahu kanan diarahkan ke jaring. Siku menunjuk kea rah bulu
tangkis yang datang ke arah pemain.
2. Pada
masa yang sama, kaki kanan bergerak ke hadapan menyilang dengan kaki kiri.
Ketika itu, berat badan adalah di kaki kiri pemain.
3. Semasa
memukul bulu tangkis, ayun raket ke hadapan dengan tangan raket lurus. Badan
mengilas dan berhadapan arah jaring sambil memindahkan berat badan ke kaki
kanan.
4. Ikut
lajak dan seterusnya kembali ke keadaan asal untuk tindakan selanjutnya.
Rajah 8.17: Pukulan deras kilas
2.
PUKULAN
BAWAH LENGAN
Pukulan Bawah Lengan Hadapan
Secara
asasnya, pukulan ini adalah pukulan pertahanan dan digunakan untuk:
1. Memberi
masa pemain pulih semula.
2. Dipukul
jauh ke belakang gelanggang supaya pemain mempunyai masa untuk balik ke
pusatnya.
3. Dipukul
jauh ke dalam kawasan pihak lawan bagi mengelakkan pihak lawan menyerang dari
pukulan.
Genggaman raket untuk pukulan ini adalah sama
seperti genggaman asas. Kedudukan kaki pemain semasa pukulan ini adalah seperti
berikut:
1. Dalam
kedudukan lunge dengan kaki kanan
langkah ke hadapan kaki kiri sebanyak 0.6 m.
2. Kaki
kanan mengarah ke bulu tangkis yang akan diambil.
3. Lutut
dibengkokkan.
4. Kaki
kiri dikeluarkan dengan hujung kaki menyentuh lantai.
Ayunan
Raket ke Belakang
Raket
ditarik ke belakang di sebelah sisi kanan dan di belakang badan. Lengan
dibengkokkan, pergelangan tangan dikunci dan raket melepasi aras bahu.
Ayunan
Raket Ke Hadapan
1. Kepala
raket dibawa dari bawah dan ke hadaapan.
2. Lengan
diluruskan, pergelangan tangan dilonggarkan.
Sentuhan
Pukulan
Sentuhan
pukulan dilakukan bersebelahan dan di hadapan kaki kanan pemain.
Ikut
Lajak
Tangan
mengikut pergerakan lurus penerbangan bulu tangkis sehingga kepala raket
mencapai aras ketinggian kepala pemain.
Pemulihan
Dengan
pukulan yang kuat dari kaki kanan yang bengkok, pemain cepat pulih dan dapat
balik ke posisinya.
Rajah 8.18: Pukulan bawah lengan hadapan
Pukulan Bawah Lengan Kilas
Genggaman
kilas asas digunakan dalam pukulan ini. Pergerakan pukulan ini adalah seperti
berikut:
1. Kedudukan
lunge ke hadapan kaki kanan di
hadapan kaki kiri dalam jarak 0.6 m.
2. Kaki
kanan mengarah ke bulu tangkis yang akan dipukul.
3. Lutut
dibengkokkan.
4. Kaki
kiri diregang keluar dengan ibu jari kaki menyentuh lantai.
Ayunan
Raket ke Belakang
1. Kepala
raket ditarik ke belakang dan di bawa ke sebelah kiri sisi badan pemain dan
kepala raket berada melebihi aras bahu.
2. Lengan
dibengkokkan dan pergelangan tangan dikunci.
3. Tangan
kanan berada dekat dengan bahu kiri.
Ayunan
Raket ke Hadapan
Siku
mengarah ke bulu tangkis, lengan diluruskan dan pergelangan tangan dilonggarkan
sebelum bulu tangkis disentuh.
Sentuhan
atau Konteks
Sentuhan
dilakukan pada sisi dan hadapan kaki kanan.
Ikut
Lajak
Raket
mengikut garisan penerbangan bulu tangkis, iaitu ke hadapan dan atas melepasi
aras bahu.
Pemulihan
Dengan
tolakan kuat kaki kanan yang bengkok, pemain dapat pulih dengan cepatnya dan
balik ke pusat operasi dengan lancar.
Rajah 8.19: Pukulan bawah lengan kilas
3.
PUKULAN
JUNAM/ DROP
Kemahiran
ini merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Bulu tangkis
dipukul dengan perlahan tetapi merupakan satu pukulan menyerang. Pukulan junam
dilakukan dari garisan kedua belakang dan mendarat seberapa dekat dengan jaring
di sebelah gelanggang pihak lawan. Dalam permainan badminton, pukulan ini
digunakan sebagai gentian kepada pukulan lob bagi memaksa pihak lawan membuat
lambung dari bawah agar dapat melakukan smesy dan memaksa pihak lawan berada di
luar posisi.
Rajah 8.20: Pukulan junam
Rajah
8.20 menunjukkan cara-cara membuat pukulan junam seperti langkah-langkah
berikut:
1. Ayunan
ke belakang
a)
Raket dibawa ke bawah dan ke belakang dengan
lengan dibengkokkan.
b)
Pastikan raket dibawa di antara tulang
belikat.
c)
Siku di tangan bebas berada di atas.
d)
Lengan dibengkokkan dan pergelangan tangan
diketatkan.
2. Ayunan
ke hadapan
a)
Tangan ditolak ke hadapan dan atas dengan
lengan lurus.
b)
Pergelangan tangan dilionggarkan dan berat
badan diayun ke hadapan.
c)
Lengan diayun ke hadapan tetapi diperlahan
dan dihentikan semasa menyentuh bulu tangkis dengan aksi memotong.
d)
Gunakan pergelangan tangan pada saat akhir.
e)
Jangan pukul bulu tangkis.
f)
Semasa ikut lajak, raket terus mengikut arah
pergerakan bulu tangkis ke hadapan.
Jenis Pukulan Junam
Pukulan
junam boleh dilakukan secara junam lurus atau junam silang. Kemahiran ini boleh
juga dibahagikan kepada berikut:
1. Junam
lurus pukulan kilas.
2. Junam
lurus pukulan hadapan.
3. Junam
silang pukulan hadapan.
4. Junam
silang pukulan kilas.
4.
PUKULAN
SMESY
Ini
adalah pukulan berkuasa yang bertujuan untuk mematikan permainan dengan cepat.
Pukulan ini merupakan pukulan serangan dan menjunam dengan cepat ke dalam
gelanggang pihak lawan. Pada amnya, pemain melakukan smesy untuk mematikan rali
dan mengalahkan lawan yang sudah keluar dari posisi atau tidak ada
keseimbangannya. Ia juga digunakan bukan sahaja untuk mematikan rali, tetapi
mewujudkan ruang supaya pukulan berikutnya dapat mematikan pihak lawan. Pukulan
smesy ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dalam gelanggang apabila
diperlukan. Untuk melakukan smesy yang tajam, pantas dan sukar diambil oleh
pihak lawan, kerapkali pemain terpaksa melompat untuk membuat smesy.
Cara melakukan smesy yang baik adalah seperti
berikut:
1. Untuk
smesy pepat atau forehand pegangan
pada raket perlulah pepat juga.
2. Pemain
perlu bersedia seperti untuk melakukan pukulan atas kepala (overhead stroke). Raket perlu diayun ke
belakang seperti persediaan awal untuk pukulan junam.
3. Ayun
raket ke hadapan dengan pantas dan pukul bulu tangkis dengan kencang.
Pergerakan pemain semasa melakukan smesy mestilah eksplosif.
4. Sentuh
bulu tangkis di atas dan hadapan kepala dan badan pemain sebelah tangan raket.
Semasa melakukan smesy, pegangan mestilah relaks dan tidak terlalu ketat.
Pada
amnya, pukulan smesy dapat dilakukan dalam tiga arah ke dalam gelanggang,
iaitu:
1. Pukulan
smesy lurus selari dengan garis tepi.
2. Pukulan
smesy silang.
3. Pukulan
smesy ke badan pihak lawan (body smash).
Rajah 8.21: Pukulan smesy
5.
PUKULAN
LOB
Pukulan
lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang tinggi
dari belakang gelanggang secara pukulan pepat atau kilas. Pada amnya, pemain
menggunakan pukulan ini supaya mempunyai masa untuk bersedia semula di
tengah-tengah gelanggang. Pukulan lob juga digunakan sebagai membalas servis
tinggi dan memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang. Terdapat dua
jenis pukulan lob, iaitu pukulan lob defensif atau pertahanan dan pukulan lob
ofensif atau attacking lob.
Pukulan Lob Defensif
Rajah
8.22 menunjukkan penerbangan bulu tangkis dalam pukulan defensif. Pukulan ini
adalah sama seperti aksi membaling sesuatu benda yang tinggi ke hadapan. Bulu
tangkis dipukul tinggi ke arah belakang gelanggang. Dalam permainan
perseorangan, pukulan ini memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang
gelanggang dan menyebabkan pihak lawan sukar untuk membuat serangan.
Rajah 8.22: Penerbangan
bulu tangkis semasa pukulan
1.
Lob defensif
2.
Lob ofensif
3.
Smesy
4.
Junam laju
5.
Junam perlahan
Pukulan Lob Ofensif
Pukulan
ini digunakan sebagai serangan di mana pemain akan memastikan bulu tangkis
dimainkan dari garisan belakang gelanggang dipukul kuat dan tinggi sedikit ke
belakang gelanggang pihak lawan. Pukulan ini digunakan dalam semua permainan
sebagai gentian kepada pukulan lob, drop ataupun smesy apabila pihak lawan
berada jauh di hadapan gelanggang dan pukulan ini baik sebagai pukulan untuk
memerangkap pihak lawan.
Secara asasnya, pukulan lob yang baik
dilakukan seperti berikut:
1.
Pemain perlu bersedia seperti hendak
melakukan pukulan atas kepala (overhead
stroke). Raket diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan
junam dan smesy.
2.
Kilaskan badan supaya 90° dan berat badan
dipindah ke kaki belakang.
3.
Raket diayun ke belakang bahu dan siku tangan
yang memegang raket mengarah ke garisan belakang.
4.
Bahagian bahu dan lengan yang bebas menunjuk
ke arah lob.
5.
Kilaskan badan sambil mengayun raket ke
hadapan. Pastikan raket tidak digenggam dengan kuat (loose grip). Poin konteks atau sentuhan bulu tangkis adalah pada
jangkauan yang tertinggi sebelah tangan yang memegang raket.
6.
Permukaan raket perlu diarahkan ke sasaran
yang ditujukan.
7.
Setelah memukul bulu tangkis, tangan raket
terus bergerak ke sebelah kiri menyilang badan pemain. Ikut lajak dan berat
badan berpindah ke kaki hadapan.
6. PUKULAN DI JARING
Pukulan
di jaring atau net play merupakan
satu pukulan yang sangat penting dalam permainan perseorangan. Apabila seoarang
pemain dapat menguasai permainan di jaring, maka peluang untuk pemain itu
mengawal pihak lawan adalah ketara. Terdapat dua jenis pukulan di jaring,
iaitu:
1.
Apabila bulu tangkis diaminkan di atas aras
jaring.
2.
Apabila bulu tangkis dimainkan di aras jaring
atau ke bawah.
Bulu Tangkis di Atas Aras Jaring
Pukulan
dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras sedikit di atas jaring. Jika
dimain dengan baik, pihak lawan dipaksa melakukan kesalahan dan ini memberi peluang
kepada pemain mengetuk bulu tangkis ke bawah sekiranya pukulan balas balik
pukulan di jaring terlalu tinggi.
Cara melakukan kemahiran tersebut
adalah seperti berikut:
1.
Lonjak ke hadapan dan buat pukulan pada poin
konteks paling tinggi di atas jaring. Pastikan gabus bulu tangkis atau cork melepasi kawasan pihak sendiri
sebelum membuat konteks. Jika belum melepasi, pukulan itu dibatalkan.
2.
Gunakan pergelangan tangan semasa melakukan
pukulan.
3.
Genggaman raket jangan terlalu ketat (loose grip).
Rajah 8.23: Bulu tangkis di atas aras jaring
Bulu Tangkis Bawah dari Aras Jaring
Pukulan
ini dilakukan apabila bulu tangkis berhampiran dengan jaring beberapa meter
dari lantai dan jaring. Ia digunakan sebagai tindakan defensif dengan bulu
tangkis dipukul melepasi aras atas jaring.
Cara melakukan pukulan jaring ini
adalah seperti berikut:
1. Siku
dibengkokkan dan dihulurkan sedikit dengan pergelangan tangan dilonggarkan.
2. Bulu
tangkis ditolak bukan dipukul.
3. Konteks
di hadapan badan pemain.
4. Tolakan
dimatikan selepas konteks.
Pukulan Kilas Atas Kepala
Pukulan
ini adalah pukulan lob defensif dan ofensif, junam dan smesy. Seorang pemain
perlu ingat bahawa pukulan-pukulan kilas atas kepala hanya digunakan dalam
keadaan terdesak. Seboleh-bolehnya, gunakan pukulan hadapan atau forehand atas kepala kerana pukulan ini
adalah lebih kuat dan tepat.
Oleh sebab pukulan ini adalah secara
amnya lemah daripada pukulan hadapan, pukulan kilas seharusnya dipemainkan
beberapa meter dekat dengan bahagian hadapan gelanggang badminton.
Genggaman
Genggaman
yang digunakan adalah genggaman kilas.
Posisi
dan Kedudukan Pemain
1.
Kedua-dua kaki mengarah 45° ke arah belakang
gelanggang.
2.
Kaki kanan berada di depan kaki kiri.
3.
Belakang bahu kanan membelakangkan jaring.
Ayunan
Raket ke Belakang
1. Pemain
memusing untuk melihat di belakang gelanggang.
2. Kepala
raket dipegang depan badan dan tinggi arasnya.
3. Belakang
badan dan lutut dibengkokkan sedikit.
4. Bahu
kanan membelakangkan jaring.
5. Siku
dibengkok dan mengarah ke atas menunjuk arah bulu tangkis yang akan dipukul.
6. Pergelangan
tangn dikuncikan.
Ayunan
Raket ke Hadapan
1.
Badan dan bahu bergerak mengikut pukulan.
2.
Kedua-dua kaki dilurus serentak untuk
memindahkan keseluruhan badan ke atas untuk menemui bulu tangkis.
3.
Siku bergerak ke bulu tangkis dengan lengan
diluruskan dalam satu pergerakan ke atas.
4.
Pergelangan tangan dilepaskan dan longgar.
Sentuhan
Sentuhan
raket dan bulu tangkis berlaku di atas hadapan kepala atau forehand dengan penggunaan pukulan pergelangan yang kuat.
Ikut
lajak
Pukulan
perlu terus mengikut ayunan kepala raket yang mengikut laluan arah penerbangan
bulu tangkis. Pastikan ikut lajak dipanjangkan ayunannya.
Pemulihan
Kelajuan
ayunan lengan dan ikut lajak akan menyebabkan pemain bergerak balik ke tengah
gelanggang dengan kedudukan persediaan.
9.0 APLIKASI
PRINSIP ASAS SAINS DALAM SETIAP KEMAHIRAN ASAS
9.1 SISTEM
TUAS
Sistem
tuas merupakan satu mesin ringkas yang bertujuan untuk membantu manusia
melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan selesa serta dapat mengatasi beban.
Sistem tuas juga dapat membantu dalam keberkesanan sesuatu pergerakan. Sistem
tuas ialah satu struktur yang teguh yang diengselkan (fulkrum) di satu titik
dan daya dikenakan kepada kedua-dua hujung struktur tersebut (daya motif dan
daya rintangan).
Rajah
9.1: Sistem tuas
Badan manusia mempunyai bentuk
tersendiri yang berasaskan kepada struktur tulang. Tulang-tulang ini bersambung
antara satu sama lain melalui sistem persendian dan bertindak sebagai tuas yang
memindahkan tenaga otot terhadap objek yang menghasilkan sesuatu pergerakan.
Terdapat tiga jenis sistem tuas dalam badan manusia. Antaranya ialah tuas kelas
pertama, tuas kelas ke dua dan tuas kelas ke tiga. Komponen utama sistem tuas
ialah aksis (fulkrum), daya dan beban (rintangan).
Sistem tuas kelas pertama dapat
diaplikasikan dalam kemahiran memegang raket badminton. Di dalam sistem tuas
kelas pertama, aksis atau fulkrum terletak di antara daya motif dan daya
rintangan. Kedua-dua daya ini bertindak secara bertentangan.
Rajah
9.2: Cara memegang raket
9.2 TENAGA
PUTARAN
Tenaga
putaran (rational force) di dalam
sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principal of moments). Momen pada
sesuatu titik putaran ialah b (beban) × j (jarak). Kesan tenaga putaran boleh
ditingkatkan dengan menambahkan beban ataupun dengan memanjangkan jarak. Tenaga
putaran dapat diaplikasikan dalam kemahiran asas memegang raket badminton.
Memanjangkan raket badminton dengan
menggenggam pada pangkalnya akan memudahkan penghasilan pukulan yang kencang.
Rajah di bawah menunjukkan pemain melompat tinggi untuk melakukan pukulan yang
kencang. Sementara itu, permainan di jaring pula memerlukan pergerakan raket
yang pantas dan terkawal. Oleh itu pemain perlu memendekkan raket badminton
dengan mengubahsuaikan genggamannya seperti yang ditunjukkan oleh pemain ke dua
yang menunggu peluang untuk membalas di kawasan jaring. Sekiranya pemain
memilih raket yang lebih berat, kesan tenaga putaran akan membantu pemain
menghasilkan pukulan-pukulan yang lebih kuat. Jika berat raket (b) ditambah,
maka momennya akan meningkat. Kesan sampingan menggunakan raket yang berat
ialah ia akan menjadi lebih sukar untuk digerakkan.
Rajah
9.3: Genggaman raket pada kedudukan berlainan mempengaruhi pukulan
9.3 KESEIMBANGAN DAN KESTABILAN
Apabila
jumlah semua daya yang bertindak ke atas tubuh seimbang maka ianya dikatakan
berada dalam keadaan yang seimbang. Ini bermaksud, tubuh manusia berada dalam
keadaan keseimbangan apabila semua daya bertindak ke atasnya adalah sifar.
Pusat graviti (centre of gravity) boleh disifatkan sebagai titik bagi tarikan
graviti berpusat dan bertindak ke atas sesuatu objek. Berat tubuh adalah
tertumpu pada pusat ini. Pusat graviti seseorang itu berubah dengan perubahan
kedudukannya serta apa yang dibawa oleh anggota-anggotanya. Kedudukan pusat
graviti adalah penting kerana ia menentukan keseimbangan tubuh anda. Tubuh anda
akan seimbang sekiranya pusat graviti tubuh anda terletak di atas tapak anda.
Contohnya semasa anda berdiri. Apabila pusat graviti anda dipindah dari
kedudukan yang stabil ini, daya tarikan graviti akan menjadi lebih kuat pada
salah satu daripada bahagian tibuh anda. Anda akan terjatuh sekiranya pusat
graviti anda dipindah terlalu jauh dari tapak anda.
Rajah
9.4: Kedudukan tapak kaki
Sekiranya jarak di antara tapak kaki
anda adalah sempit, kestabilan tubuh anda akan menurun. Contohnya semasa
berdiri dengan kaki yang rapat ataupun di atas satu kaki. Pusat graviti yang
rendah akan menambahkan kestabilan. Oleh itu orang yang tinggi adalah kurang
stabil berbanding dengan orang yang lebih gemuk dan pendek. Kestabilan
merupakan keupayaan sesuatu objek kekal dalam kedudukan keseimbangan asalnya
apabila ia diubah. Kestabilan dipengaruhi oleh:
1. Pusat
graviti yang rendah dan rapat kepada dasar sokongan.
2. Dasar
sokongan yang lebih besar dan luas.
3. Pusat
graviti lebih rapat kepada pusat dasar sokongan.
Dalam
kemahiran asas membuat servis memerlukan kedudukan yang stabil dan seimbang
serta pusat graviti yang rendah. Semasa pemain berada dalam kedudukan untuk
melakukan servis, badan dan lutut dibengkokkan dan sebelah kaki kaki ke depan
sedikit untuk memudahkan pergerakan ke depan dan ke belakang. Kaki dan lutut
yang bengkok bukan sahaja dapat merendahkan pusat graviti dan menstabilkan tubuh
pemain, malah ia juga merupakan kedudukan persediaan yang membolehkan pemain
bertindak balas dengan lebih pantas.
Semasa pemain bersedia untuk membuat servis, pemain akan membuka tapak
dalam kedudukan bersedia.
Rajah 9.5: Kaki dan lutut dibengkokkan semasa membuat
servis
Kestabilan dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu kestabilan statik (static
stability) dan kestabilan dinamik (dynamic
stability). Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa
tidak bergerak. Manakala kestabilan dinamik pula ialah kestabilan tubuh semasa
dalam pergerakan. Kedua-dua kestabilan ini adalah amat penting dalam kemahiran
asas membuat servis. Kestabilan statik biasanya digunkana semasa pemain
bersedia untuk bergerak dan kestabilan dinamik pula digunakan semasa pemain
mengatur serangan. Kedua-dua jenis kestabilan ini sering kali digunakan secara
serentak.
9.4 PEMINDAHAN
BERAT BADAN
Prinsip
pemindahan berat badan dapat diaplikasikan dalam kemahiran membuat servis
tinggi. Ketika berada dalam kedudukan bersedia, raket perlu diayun ke belakang
dan berat badan dipindah ke kaki belakang. Bahagian kiri bahu pemain iaitu
tangan bebas menghadap ke arah servis. Kemudian raket diayun ke bawah dan ke
hadapan dan bulu tangkis dilepaskan serentak semasa raket diayun ke hadapan.
Berat badan juga dipindahkan ke kaki hadapan sambil mengilaskan badan untuk
menghadap jaring. Dalam fasa ikut lajak pula, raket terus diayun ke atas
mengikut arah pergerakan bulu tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak
tinggi dan melepasi aras pinggang dan bahu tangan bebas.
Rajah
9.6: Servis tinggi
9.5 IKUT
LAJAK
Ikut
lajak merupakan unjuran pergerakan yang telah dimulakan dalam sessuatu
permainan. Prinsip asas sains ini adalah sangat penting terutamanya bagi
kemahiran melontar, menyepak dan juga memukul. Kelajuan terakhir objek adalah
berkadar terus dengan jumlah masa daya diaplikasikan. Asas ikut lajak dapat
memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum
tangan. Sekiranya asas ikut lajak tidak dilakukan maka daya yang dikenakan ke
atas objek adalah berkurang.
Asas ikut lajak dapat diaplikasikan
dalam kemahiran asas membuat pukulan. Semasa pemain melakukan pukulan ikut
lajak, bulu tangkis dan kepala raket berkonteks seberapa lama yang boleh mengikut
aliran bulu tangkis untuk menghasilkan kawalan yang lebih baik. Asas ikut lajak
sangat penting untuk menghasilkan kekuatan dan daya yang maksimum bagi membuat
sesuatu pukulan.
Contohnya, semasa melakukan pukulan
kilas atas kepala, pukulan perlu dilakukan terus mengikut laluan arah
penerbangan bulu tangkis. Pemain perlu memanjangkan ayunan raket supaya bulu
tangkis dapat dipukul ke belakang gelanggang pihak lawan dengan kuat dan
tinggi.
Rajah
9.7: Ikut lajak pukulan kilas atas kepala
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesangat berguna untuk buat revision...tq ^^
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteI love pendidikan jasmani
ReplyDelete