Definisi dan Konsep Keguruan
PENGENALAN
Profesion Keguruan Dalam Pembinaan
Negara Bangsa
1.1
Definisi dan Konsep keguruan
Profesion
perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion
perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang,
peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah
memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke
tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi
Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam
Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan
terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas
misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan
lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya)
sebagai guru.
. Dari kedua-dua
pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada
tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari
sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Di sini maksud
Etika membawa maksud :
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
SANGAT TERIMA KASEH..
ReplyDeletetq 4 sharing
ReplyDeleteinfo yang sangat baik... terima kasih, arigato, thank you, pounsikou, taangke
ReplyDeleteAlso check out the nc court calendar by name
ReplyDelete