MID NUFF

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
______________________________________________________________________
Gelanggang
·         Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan empat pemain
·         Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m) dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang
Pemain
·         Perseorangan lelaki
·         Perseorangan wanita
·         Beregu lelaki
·         Beregu wanita
·         Beregu campuran
Peralatan
·         Jaring
·         Raket
·         Bulu tangkis
Pengadil
·         Pengadil rasmi
·         Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)

Cara permainan
·         Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa
·         Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut
·         Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata
·         Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja
·         Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai settingyang merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI