Nyatakan Falsafah Pendidikan Kesihatan yang perlu difahami oleh setiap guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh falsafah Pendidikan Negara.
1.
Nyatakan
Falsafah Pendidikan Kesihatan yang perlu difahami oleh setiap guru bagi
memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh falsafah Pendidikan
Negara.
Pendidikan Kesihatan merupakan satu
pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan.
Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk
menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah untuk mencapai keadaan
fizikal,mental dan sosial yang optimum untuk individu,keluarga dan komuniti.
Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan,
meningkatkan dan memudahkan penyerapan serta aplikasi pengetahuan kesihatan
untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat
dalam hidup kita untuk sepanjang hayat. Setiap individu perlu faham dan
menghayati pengetahuan , kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar
dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat.
Selain itu, setiap individu perlu bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.
Comments
Post a Comment