(KKBI/KKP) Lari Berganti-Ganti
LARI BERGANTI-GANTI
______________________________________________________________________
SEJARAH
- Berasal
dari Amerika Syarikat
- Punca-punca
lahirnya acara ini :
·
Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat
atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
·
Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera &
menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti
Pensylvania, Amerika Syarikat).
·
Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba
akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat
kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
- Percubaan
pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan
setiap pelari berlari sejauh suku batu.
PENGENALAN
Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat
penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
- Jenis acara dalam kebanyakan
perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :
·
4 x 100 meter
·
4 x 200 meter
·
4 x 400 meter
·
4 x 1600 meter
- Acara
yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan
penonton.
- Faktor
utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam
pasukan.
PEMILIHAN PELARI
Pelari Pertama
- Pendorong
penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik
- 3
aspek penting :
§ Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan
memegang baton
§ Berkeupayaan berlari di selekoh
§ Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan
Pelari Kedua
- mesti
bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari
pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua
hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).
- Aspek
penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus
Pelari Ketiga
- Aspek
penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan &
berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan
jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.
Pelari Akhir
- pelari
terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah
pasukan terletak di atas bahunya.
- Harus
berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun
daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.
MEMEGANG BATON
Cara memegang baton
Baton boleh memegang
dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang
memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-
Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh
pelari pertama
GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON
Terdapat
dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.
Teknik atas-bawah
- cara terpantas,
tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
- pelari
pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke
tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.
- Sambil
berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya
terbuka (menadah) untuk menerima baton.
- Pelari
pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke
bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada
tangan kanan pelari ketiga.
- Pelari
ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari
keempat pada tangan kiri.
Rajah
2 : Teknik Atas-Bawah
Cara Memberikan Baton
1.
kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian
banton
2.
pemberi harus beri isyarat kepada penerima
3.
hulurkan baton dengan tangan yang lurus
4.
perhatikan tangan penerima & letakkan
bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton
1.
Penerima dalam keadaan yang sedia
2.
Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
3.
Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari
pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang
semasa berlari.
4.
Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat
daripada pelari yang sedang membawa baton.
5.
Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
- Biasanya
diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
- Pelari
pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua
dan keempat membawa dengan tangan kanan.
- Pelari
tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
- Pelari
yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya
menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
- Pelari
yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke
belakang.
- Jari-jari
dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa
luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.
- Pelari
yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari
kirinya sambil menghulur ke depan.
- Pelari
yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi
pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
- Pelari
yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan
mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.
Rajah
3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(tanpa
pandang)
Gaya Selang-seli Cara Pandang
- Semasa pertukaran baton
dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan
memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan
serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan
dengan pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi
sesuai untuk 4 x 400m
- Pelari yang akan
menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan
ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
- Tapak tangan
hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
- Pelari yang
memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang
sebelah lagi.
- Pelari yang memberi
baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima,
tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton
itu.
- Penerima menarik
baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan
lariannya.
- Perlakuan diulangi
oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
Rajah 4 : Gerakan
menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(dengan memandang)
ZON PERTUKARAN BATON
- Pertukaran
baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
- Dalam
acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului
zon penukaran baton.
- Zon
pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton
menghampiri titik tanda.
Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4
x 100 meter
Perkara-perkara penting
1. Setiap
peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2. Baton
hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan
itu dibatalkan.
3. Jika
pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian
pasukannya akan dibatalkan.
Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah
PERATURAN LARIAN
Aturan Umum
- Lari
ikut lorong yang ditetapkan
- Buat
pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
- Buat
pertukaran baton yang bersih
- Kekalkan
baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian
Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama
- Hanya
pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan
- Permulaan gaya sama
dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan.
Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.
- Dalam
permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki
& tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari
telunjuk selari dengan garisan permulaan.
- Berat
badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk
menyokong berat badan & keselesaan kaki.
- Kepala
direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar
pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok
permulaan.
- Berlari
sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas
- Berlari
pada seekoh pertama (pantas di selekoh)
Pelari Kedua
- Bersedia
dan mula berlari dalam bentuk berdiri
- Berlari
dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.
- Terima
baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)
Pelari Ketiga
- Bersedia
dan mula berlari dalam bentuk berdiri
- Lari
dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).
- Bawa
baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).
- Lari
di sebelah dalam lorong sendiri.
Pelari Keempat
- Bersedia
dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.
- Pantas
berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
- Tamatkan
larian di garisan penamat.
- Pelari
yang penuh keazaman & tenang.
RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat
tq...needed!
ReplyDelete