KKBI/KKP Lompat Jauh - FULL
LOMPAT
JAUH
PENGENALAN
Sejarah permulaan acara lompat jauh
dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece.
Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh
Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang
dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini.
Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada
tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali-kali sama ada dalam
bentuk multiple, double triple atau quintriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan
pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan
bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang
diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki
dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa
kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara
lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari
dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.
1.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN
i.
Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk
mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan
papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan.
Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur
elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.
ii.
Kasut berpaku (spike)
Kasut yang sesuai adalah
penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit
plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh.
iii.
Bendera isyarat
Bendera yang digunakan oleh
pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu
bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera
merah untuk lompatan yang batal.
iv.
Lorong larian
Lorong larian yang sesuai
adalah penting untuk melakukan pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard
lorong larian adalah 45 meter x 1.22 meter.
v.
Papan pelepas
Papan pelepas digunakan
sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard adalah
bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter
dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan
dengan warna putih.
vi.
Kawasan pendaratan
Ia digunakan untuk mendarat
dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama
dalam acara lompat jauh. Ia disikan dengan pasir halus dan dilembapkan. Saiz
standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.
vii.
Pengukur halaju angin
Alat ini digunakan untuk
mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Ia penting untuk menentukan
sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini
tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.
Rajah 1.1: Ruang dan
kelengkapan acara lompat jauh
2.0 TEKNIK LOMPATAN
Terdapat
empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan
larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.
i.
Kelajuan larian
Kelajuan lompatan adalah
penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh. Kelajuan larian
secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa
lompatan di lakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat melakukan
larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga 40
meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check
mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat untuk
membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama pelompat
perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan menandakan
titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi
melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin
yang terlalu kuat.
Rajah
1.2: Teknik membuat check mark
ii.
Pelepasan lompatan
Ia penting dalam menentukan
pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam melakukan lompatan yang
berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu
menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya
berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting
dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui
pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat
antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
·
Pelompat perlu ada
konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.
·
Teknik ini dilakukan dengan
mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan pada kaki sudut
hentian perlu diubah.
·
Bahu dan dada di angkat
keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.
Rajah
1.3: Membuat pelepasan lompatan
iii.
Lompatan di udara
Semasa pelepasan lompatan
dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada pelompat. Daya
pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku
di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti
iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga
jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara,
iaitu:
·
Pergerakan berlayar
Rajah 1.4: Pergerakan
berlayar
·
Pergerakan mengayuh
Rajah
1.5: Pergerakan mengayuh 1 kali di udara
·
Pergerakan ayunan punggung
Rajah
1.6: Pergerakan ayunan punggung
Daripada ketiga-tiga jenis
pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah paling licin dan banyak digunakan
dalam lompat jauh pada peringkat antarabangsa.
iv.
Pendaratan
Dalam menentukan jarak
pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan peranan penting. Pergerakan
yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan
gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat
mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia
dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui
cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke
bahagian kaki dan tangan.
Rajah 1.7: Mendarat
Teknik-teknik
dalam lompat jauh adalah,
i.
Fasa larian
Larian pantas dan terkawal
menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).
ii.
Fasa lonjakan
Lakukan lonjakan yang kuat
dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan
hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.
iii.
Fasa layangan
Semasa fasa layangan, mata
memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan
semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.
iv.
Fasa mendarat
Gerakkan badan ke hadapan
supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke
hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.
3.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS
Tujuan
utama dalam lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan maksimum mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Jarak ini dapat dicapai dengan melalukan
larian pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi. Selain itu, kelenturan badan
serta daya koordinasi yang baik perlu untuk menghasilkan lompatan yang baik dan
berkesan.
Larian yang pantas dan lonjakan yang
kuat dapat mempengaruhi jangka masa pelompat semasa berada di udara. Kedua-dua
fasa lompatan ini dapat mengakibatkan pelompat bergerak mengikut ketentuan
lompatan yang dikehendaki. Gaya badan semasa di fasa layangan adalah untuk
mengimbangi badan serta membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat
dengan baik. Bagi yang baru mempelajari lompat jauh, gaya layar adalah sesuai
digunakan untuk melakukan jarak lompatan yang dekat dan fasa layangan yang
singkat. Gaya layar adalah mudah
dipelajari tetapi lompatan gaya ini tidak mampu menghasilkan lompatan yang
jauh.
4.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
ASAS
i.
Setiap peserta hanya
dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang
telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan
perlu di buat.
ii.
Lompatan yang terbaik iaitu
lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan pemenang.
iii.
Peserta perlu membuat
lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan
membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.
iv.
Lompatan dikira batak jika
peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut;
·
Memijak atau menyentuh
kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan.
·
Semasa mendarat, seluruh
badan peserta berada di luar kawasan mendarat.
v.
Jarak larian untuk membuat
lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan adalah antara 15
hingga 40 meter.
vi.
Jarak lompatan diukur dari
kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara
dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut
tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.
vii.
Penggunaan sebarang alat bantuan
tambahan dalah dilarang.
viii.
Sekurang-kurangnya tiga
orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi
papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.
Saya mencari info berkaitan sejarah lompat jauh di malaysia. Boleh bantu? -lia
ReplyDeleteyeezy shoes
ReplyDeleteyeezy boost 350 v2
stephen curry shoes
kobe basketball shoes
jordan 12
yeezy 380
russell westbrook shoes
supreme clothing
yeezy boost
kyrie irving shoes
go Dolabuy YSL here are the findings bag replica high quality special info buy replica bags online
ReplyDelete