KKBI/KKP Lompat Tinggi - Full
LOMPAT
TINGGI
PENGENALAN
Acara
Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
sentiasa mendapat perhatian ramai.
Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896
acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai
gaya lompatan digunakan oleh para atlit.
Dalam
acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik
hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti
berikut :-
i)
Gaya Gunting (Scissors)
ii)
Gaya Eastern Cut-off
iii)
Gaya Guling Barat (Western Roll)
iv)
Gaya Guling Pelana (Straddle)
v)
Gaya Fosbury Flop
Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah
diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.
SEJARAH
Tidak dapat dipastikan apakah lompat
tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat
tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang
pula pihak yang menafikannya. Catatan
terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan
diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan profesional di England yang
mampu melompat paling tinggi. Dalam
pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William
Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan
yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja
dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu
malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan
pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa
sekarang. Palang yang digunakan hanyalah
seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan
kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak,
menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.
Kemudiannya
beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa,
yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta
keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada
suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum
kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang
sebelum kaki melepasi palang.
Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta
menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal
yang lembut. Sebelumnya hanya pasir
digunakan.
Kini
lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga
yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai
peringkat.
Pada
peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak. Gaya
pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang
diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling
diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh
peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama
abad ke-20.
Dalam
membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan
ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang
bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah
telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968
di Mexico . Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF
terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau
sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum
gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya
yang dikenali sebagai gaya
guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of
Southern California dalam Kejohanan
National College
dalam tahun 1930. Tetapi yang
mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon .
Dengan ketinggiannya 6
kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11
inci. Namun begitu orang yang pertama
berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah
Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan
setinggi 7 kaki 0.3 inci.
PERALATAN
Dalam acara lompat
tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan
diadakan sebagai salah satu acara olahraga.
Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini
disediakan sebelum pertandingan dimulakan.
Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
i)
Tiang lompat tinggi
Dua batang tiang
diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan
sedang dijalankan. Jika perlu diubah
umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang
melibatkan semua peserta. Kedua-dua
tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang
ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
ii)
Palang lompat tinggi
Palang lompat tinggi
hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai
dengan berbentuk bulat atau segitiga.
Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang
dipasangkan. Palang ini akan diletakkan
pada tiang menerusi alat sokongan khas.
Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
iii)
Kawasan mendarat
Pada peringkat awal
acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada
kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan
adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan
tempat pendaratan yang sewajarnya.
Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan
pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir
lembut yang lembap. Kini, kawasan
mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut
bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat.
Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas
kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam
berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
iv)
Pita pengukur
Pita pengukur adalah
untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap
peserta. Ukurang hanya dibuat sekali
sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur
elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan
cepat dan tepat.
UKURAN
i)
Tiang lompat tinggi
Tiang lompat tinggi
ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter
dari bahagian dalam.
ii)
Palang lompat tinggi
Panjang palang lompat
tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua
kilogram. Palang ini diletakkan pada
tiang menerusi alat sokongan khas. Alat
sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6
cm panjang.
iii)
Kawasan mendarat
Kawasan mendarat
dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan
berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter
tebal.
iv)
Pita pengukur
Pita pengukur
digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat
sebelum acara lompatan. Pegawai
pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian
tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur
daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA
LOMPAT TINGGI
Secara amnya terdapat
beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam
acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :-
a) Pergerakan
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-
i)
Pergerakan
Mendatar (Linear Motion)
ii)
Pergerakan
Menegak (Vertical Motion)
Dengan ringkas, seseorang atlit perlu
meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.
A – Pergerakan Mendatar
B – Pergerakan Menegak
C – Vektor Resultant
1)
Lari
landas menghasilkan pergerakan mendatar A.
2)
Lonjakan
dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.
3)
Hasil
gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan
dalam bentuk parabola C.
b)
Momentum
Halaju dan momentun
adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju
iaitu kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat
jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah.
Ia
juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan
atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi
supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan pada takat
yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan
bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.
c)
Daya
Sentrifugal
v
Daya
Sentrifugal
v
Daya
Sentripetal
v
Daya
Ikut Tangan
Selain daripada pergerakan mendatar
dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.
Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan,
pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan
itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai
Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini
dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.
Sekiranya terdapat suatu daya
sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran
pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu
dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.
Untuk mencapai lonjakan
yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-konsep
pergerakan dengan daya sentrifugal .
d)
Putaran
Pergerakan-pergerakan
putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu
‘direct’ dan ‘inderect’. Putaran
‘direct’ dicapai semasa atlit ada kontrak dengan bumi manakala putaran
‘indirect’ semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi.
Putaran
‘indirect’ dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan
untuk menambah lagi daya sentrifugal.
e)
Graviti
dan Pusat Graviti
Satu daripada prinsip
yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan
bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya
memperolehi lompatan yang paling berjaya.
Ketinggian yang boleh dicapai dengan
jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian
atas palang. Walau bagaimanapun
gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan
atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.
Jasad-jasad
A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti masing-masing agak
jauh di atas palang. Manakala dalam
jasad C, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah
sangat hampir pada palang.
PRINSIP
AKSI – REAKSI
Konsep : Walaupun arus jalan pusat
graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan
mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum
reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikut itu di angkat.
Konsep
menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan
tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain.
Apabila
kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan
akan turut terangkat. Setelah lonjakan
seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran
badan. Dengan ini kedua belah kaki akan
dapat melepasi palang. Ketika bahagian
pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan.
Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang
dengan mudah.
Semasa
lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari
tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan
menegak. Prinsip-prinsip tersebut
penting untuk acara lompat tinggi.
HUKUM-HUKUM
NEWTON
Prinsip-prinsip biomekanik juga
melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :-
1)
Hukum
Inertia (Hukum Pertama)
Setiap jasad akan terus berada dalam
keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah
lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.
2)
Hukum
Pecutan (Hukum Kedua)
Kadar penurunan momentum adalah secara
terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama
dengan arah tindakan daya.
3)
Hukum
Tindakbalas (Hukum Ketiga)
Untuk sebarang tindakan selalu
terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya tetapi pada arah yang
bertentangan.
TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN
Teknik Gaya Gunting
Menjelang abad ke-19, seorang
berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah mencadangkan lompat tinggi jni
gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum ini. Lompatan gunting bermaksud peserta akan
melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang
sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh
melepasi palang.
Teknik ini telah ditiru oleh seorang
Jerman bernama Pierre Lewden yang kemudiannya terus mempopularkan gaya ini.
Teknik lompatan ini menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.
Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut :
i.
Peserta
membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan
sendiri.
ii.
Peserta
membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan
kaki sebelah lagi.
iii.
Ketika
kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas,
menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.
iv.
Peserta
mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa
menjatuhkan badan.
Gaya gunting ini bertahan selama
tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 – 1945 ), malah menjadi satu –
satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang mengambil bahagian
dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.
Teknik
Western Roll
Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk
memberi keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan
ketinggian maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George
Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya
lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan
keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi
badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan
melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western
Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika
Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang
melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu
gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi
ketika itu.
Penggunaan gaya lompatan yang baru
ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih
mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih
mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.
Teknik
Gaya Plana
Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang
berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan,
kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.
Pendekatan
larian landas
Pendekatan larian landas untuk melompat
mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :
i.
untuk membentuk penukaran optimum pergerakan
mendatar serta mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang maksimum.
ii.
Mendapat
rentak dan corak larian yang lancar.
iii.
Membolehkan
peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat lonjakan.
Pendekatan larian dalam gaya plana
adalah mengikut garis lurus hingga ke tempat membuat lonjakan. Larian dibuat
dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya antara lima hingga tujuh langkah.
Peserta akan berlari dengan bahagian tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai
gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung kaki.
Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta
akan melepasi palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan
sedikit dari palang. Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat
dikawal daripada terkena palang. Oleh itu
sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 – 45 darjah.
Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk
melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan
menyuruh atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari
dari sebelah kiri tiang tegak ( iaitu
pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah ke arah palang
seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki juga
semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan palang. Gerakan peha adalah
agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu
diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah
yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini
di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok.
Jarak larian boleh ditentukan dengan
menandakan satu bulatan berjejari 50 cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu
tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri atau sebaliknya.
Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari ke hadapan pada sudut 30
darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Tandakan
langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya lari kembali kearah
palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama. Jika langkah itu
tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7
langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan dating.
Lonjakan
Sebelum melonjak, peserta perlu
merendahkan pusat gravity badannya. Teknik melakukannya perlu betul kerana ia
boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut kiri
dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke
belakang serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada
langkah terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang.
Apabila kaki kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi
turut ikut serta.
Ketika inilah kaki kiri ( belakang )
akan membuat lonjakan sekuat yang mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya
gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah
berlaku dengan pantas.
Kedudukan
badan atas palang.
Dalam kebanyakan kes, tangan adalah
bahagian yang pertama sekali melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki
depan yang mendatar di atas palang hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan
yang lain untuk dibawa melepasi palang.
Ketika badan mula melepasi palang,
kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan
dari terkena palang. Tangan kiri dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang,
peserta akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan
membantu pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan
badan melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup
sekadar mengekalkan posisi bengkoknya .
Pendaratan
Selepas berjaya melompat melepasi
palang, peserta terus menuju ke kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan
badan dari posisi mengiring kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke
atas tilam mendarat.
Teknik
Gaya Lentang ( Fosbury Flop )
Gaya
ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa
murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mestilah memastikan bahawa
tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.
Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang
perlu oleh seseorang pelompat iaitu :
1. Fasa penujuan.
2. Fasa lonjakan.
3. Fasa layangan.
4. Fasa pendaratan.
Fasa
penujuan ( larian landas )
Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan
yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan
membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk
melakukan fasa lonjakan seterusnya.
Faktor-faktor itu adalah :-
i)
Kelajuan
:- Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin
tetapi dengan halaju yang terkawal. Ia
akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi
palang.
ii)
Arah :- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada
sudut 20 darjah hingga 30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari
landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal
yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang
sering digunakan dalam gaya
flop seperti berikut;
i)
Lari
lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti
Dick Fosbury.
ii)
Bermula
lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.
iii)
Secara
lari atas garisan lurus menuju ke palang.
Dalam
fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk
membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada
ketinggian peserta dan keberkesanannya
membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat secara
membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian
pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan lengkung.
Larian yang mengikut lengkungan akan
menghasilkan daya centrifugal iaitu daya cenderung untuk keluar dari pusat
putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila
membuat lonjakan.
Jejari lengkungan ( jika menjadi
bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari
lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasanya
berlari pada jarak tersebut.
Biasanya pelompat mengukur tujuh
hingga sembilan langkah larian. Peserta biasanya mengukur jumlah langkah dengan
mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan
palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda
permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah
menambahkan kelajuan untuk melompat.
Larian melengkung inilah yang
menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah
seperti gambar rajah di bawah :
Fasa
lonjakan
Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum
mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang
maka pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan
bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak
seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan
menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada
terkena palang apabila sudah melompat.
Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat
badan peserta ketika melompat. Gaya ini
hampir serupa seperti dalam gaya
plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan
dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan
membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari
denagn permukaan gelanggang. Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan
untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk
memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas palang.
Kaki yang akan melonjak hendaklah
berada dalam posisi seperti gambarajah di bawah:
Rajah 2 Kedudukan
kaki semasa melonjak
Fasa
layangan.
Selepas keseluruhan badan telah
dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba melentikkan badannya utuk
melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk
memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau
lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang.
Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.
Apabila badan mula mendarat,
pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke
atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam
mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada
terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.
Sebaik
sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh akan
berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma
bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan
momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan
memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat
graviti.
Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu. Kepala haruslah didongak ke atas. Sebaik
sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke belakang. Ini menyebabkan
pinggul dan terangkat lalu membentuk arch. Apabila pinggul telah melepasi bar, angkat
hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui merendahkan pinggul ke bawah.
Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan membolehkannya berada dalam
posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah itu, luruskan kaki. Dalam
pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi melalui tangan yang terbuka
ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat. Mendaratlah dengan belakang
bukannya tengkuk.
Rajah.4 Fasa clearance
Fasa
pendaratan
Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik
kepala daan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan
pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).
Dalam fasa ini badan
atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya
kinetik yang makin jatuh makin bertambah.
Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan
kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada.
Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti
cuba mendarat pada bahunya.
Sekiranya
tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk
menyerap hentakan impact.
LATIHAN
ANSUR MAJU
Gaya Straddle
Langkah
1 :
Perkara
utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang
dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan
lompatan.
Langkah
2 :
Adakan
beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas
tanah. Larian dilakukan dan terus loncat
ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah
3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat
yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki
kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang
menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah
4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah
digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada
pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti
kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi
pengamatan tahap lompatan.
Langkah
5 :
Arahan
diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun
bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada
tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali
getah dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 :
Apabila
sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan
aktiviti bagi gaya
ini adalah seperti berikut ;-
a)
Kedudukan
badan hendaklah disandarkan ke belakang.
b)
Kaki
yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.
c)
Kedua-dua
belah tangan digerakkan ke belakang badan.
d)
Pada
masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu
dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan
menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu
ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini
belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang.
Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak
dahulu perlu ditegaskan.
Langkah
7 :
Kesemua
langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan
palang. Maklumkan bahawa gaya yang
dipraktikan adalah gaya
straddle.
Langkah
8 :
Langkah
seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran
diperkenalkan dan dilakukan. Dalam
setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan
memegang pergelangan kaki sebelah lagi.
Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar
ke arah sisi. Perkara yang harus
ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan
diturunkan.
Langkah
9 :
Bangku
panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan
ialah di atas tulang belikat di atas tilam.
Bangku dikeluarkan. Seterusnya
gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.
Langkah
10 :
Bila
teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7
langkah mengikut keselesaan.
LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN
1.
Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45 darjah
digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan
lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta
yang baru mempelajari gaya ini.
2.
Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah digunakan untuk melompat
dengan tiga langkah larian. Latihan
melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan
menggunakan kaki hadapan. (Latihan
pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan
tilam digunakan untuk mendarat).
3.
Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh
dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek yang
digantungkan. Perlakuan dalam latihan
ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
4.
Latihan Melonjak
Palang
diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala
pelompat. Dengan cara ini, pelompat
dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
5.
Latihan Gulingan Badan
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan
di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini
akan membolehkan pelompat membuat gulingan badan pada aras yang lebih
tinggi. Pergerakan badan akan mendahului
pergerakan kaki yang berpusing di atas palang.
Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.
LATIHAN
ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA
FOSBURY FLOP
Langkah
1 :
Langkah
ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi
keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi
cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih
tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya
diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di
ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk
keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah
ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah
dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan,
semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz
bola sepak). Perlakuannya ialah dengan
memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang
serentak dengan tangan dihayun. Ini
bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam
keadaan kangkang sedikit.
Langkah
2 :
Kotak
yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti
dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan
diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit.
Ia bertujuan untuk mengangkat badan.
Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat
lonjakan dengan kedua belah kaki.
Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah
3 :
Kotak
dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan
sebelah kaki iaitu kaki lonjakan.
Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu
diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.
Dalam
keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki
lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat.
Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali
getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah
4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah
menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan.
i)
Kaki
yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya
putaran pada badan.
ii)
Badan
hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya
dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai,
barulah palang digunakan untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya
ini.
Langkah
5 :
Dalam
langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah
ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang
rendah. Pada mulanya pelajar akan
mencuba dengan menggunakan empat atau lima
langkah larian landas. Ini cuba beberapa
kali. Kemudian palang akan ditinggikan
sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan.
Selepas
itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas 9
hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini,
larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.
PENEGASAN
DAN PEMERHATIAN
1. Disiplin
peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi perhatian
dan penegasan.
- Semasa
sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati
dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh
memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
- Pelajar-pelajar
yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya untuk mendapat
teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada perlakuan yang
memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.
PRINSIP-PRINSIP
BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK GAYA FOSBURY FLOP
BIL
|
PERKARA
|
FORMULA
|
PENERANGAN
|
1.
|
Hukum Newton ketiga
|
F1 = F 2
|
1. Semasa
lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke bumi
2. Hayunkan
tangan dan kaki hendaklah berhampiran dengan badan supaya mencapai lonjakan
yang maksimum
|
2.
|
Pusat Graviti
|
|
1. Semasa
pusingan badan, pelompat mengekalkan pusat gravity untuk mencapai stability.
2. Pelompat
menahan pergerakan ke bawah sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity
beralih ke bahagian hadapan melibatkan komponen menegak.
|
3.
|
Stabiliti
|
|
1. Badan
dilentikkan ke belakang semasa lonjakan untuk offset pusat gravity supaya
pelompat sentiasa cuba mencari stability.
2. Larian
dilakukan secara perlahan ke pantas, langkah pendek ke langkah panjang
sebelum membuat lonjakan.
|
4.
|
Geseran
|
|
1. Kasut
hendaklah jenis spike supaya menghasilkan daya yang lebih besar dengan
permukaan trek semasa larian.
|
5.
|
Momentum
|
MV
|
1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian yang
cukup supaya pelompat dapat halaju yang meksimum bagi jarak itu untuk
menghasilkan momentum yang maksimum juga kerana momentum = masa X halaju.
|
6.
|
Daya centrifugal dan centripetal
|
|
1. Badan
hendaklah melentik ke belakang semasa melepasi palang.
2. Semasa
melepasi palang, kaki diluruskan manakala kepala mendongak ke atas bagi
menghasilkan lompatan yang sempurna.
|
BUTIR-BUTIR
MENGAJAR
Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:
1.
Fasa penujuan ( Approach )
2.
Fasa lonjakan ( Take-off)
3.
Fasa layangan ( Bar Clearance )
4.
Fasa Pendaratan ( Landing )
1. Fasa
penujuan
Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus
dan larian lengkung ( Curved )
Dalam larian
lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.
Semasa larian
lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )
Tambahkan
kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.
Condongkan ke
dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah
daripada bahu yang di dalam lengkung.
Teruskan
penambahan kelajuan larian.
2. Fasa
Lonjakan
langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak
mesti , mesti mendarat cepat aksi ‘ acceleration ‘
Tumit arah ke
kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat.
Kaki yang
bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan
kedudukan begitu.
Tangan
dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.
3. Fasa
Layangan
3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam
kedudukan horizontal.
3.2 Gerkkan
tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
3.3 Angkat
pinggul semasa melepasi palang.
3.4 Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan
cepat kepala mendekati dada.
4. Fasa
Pendaratan
Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong
dengan tangan.
Jarakkan
lutut semasa mendarat.
PROSEDUR
LOMPATAN
Jarak untuk mengambil
larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga boleh memilih sudut atau
penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang sesuai seperti sapu
tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat lompatan.
Ketinggian paras
lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan oleh pengadil sebelum
acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk membuat lompatan
bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang selepas tiga peluang
melompat akan terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan ditentukan oleh
peserta yang membuat lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri
maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.
Contah rekod lompatan
adalah seperti di bawah:
Nama 1 2 3
Ali X X /
Abu X / /
Ali berjaya melompat
melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala Abu pula berjaya pada
percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai pemenang walaupun paras
ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi ketinggian berikutnya
setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara menegak,
iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu
paras ketinggian, pengadil akan mengukur ketinggian baru sebelum peserta
dibenarkan melompat.
PERATURAN-PERATURAN
DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI
Pertandingan
1.
Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan
dijalankan dengan undian.
2.
Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan
mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga
ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan
sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri
bagi tempat pertama.
Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.
a)
Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM,
bagi setiap pusingan.
b)
Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh
dibenarkan.
Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1
(a), (b) dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat
pertandingan.
3.
Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
4.
Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta
tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk
latihan.
5.
Seorang peserta gagal jika:
a)
Setelah melompat, palang tidak berada di atas
cagak-cagak pengalasnya kerana aski peserta tersebut ketika melompat
b)
Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di
belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa
melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat
peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim,
tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.
6.
Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana
yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi
yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja
kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan
lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini
adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat
kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau
kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian,
ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat
seri.
7.
Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah
dibuat sebelum para peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal
pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang
yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum
percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.
NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum
memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali
dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas
dan ke hadapan.
8.
Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali
seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan.
Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah
berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.
NOTA. Ini tidak termasuk acara-acara
bercampuran.
9.
Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil
dalam keadaan seri untuk tempat pertama.
10.
Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi
tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri
untuk tempat pertama.
Landas Lari Dan Kawasan Melompat
11.
Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali
di dalam pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di
mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum
landas hendaklah berukuran25 m.
12.
Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan
melompat tidak boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.
13.
Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata.
Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau
kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar
14.
Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan atau
disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian
dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu
boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti
itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.
Alat-alat.
15.
Tiang-tiang.
Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagk hendaklah
dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah
melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan
sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang
daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.
16.
Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu
pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak
atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini,
perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.
17.
Palang.
Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti “ fiber glass”,
logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya
kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00
m ( lebih kurang 2 cm ). Berat
maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut
hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan dua
bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 – 35 mm dan panjang 15 – 20 cm
bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan
kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga
bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan
cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya.
Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan
timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang ketika berada di tempatnya.
Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU
SEMASA LOMPATAN
1) Permulaan
larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.
2)
Langkah
lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah
semasa melencong.
3)
Jarak
tempat melonjak terlalu dekat dengan palang.
Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
4)
Peserta
menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
5)
Tidak
mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan
palang semasa melonjak.
6)
Terlalu
cepat membengkokkan badan ke palang.
7)
Menjunam
ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
8)
Kaki
belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara
melipat tumit.
9)
Lengkungan
badan tidak sempurna semasa layangan.
10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan
atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.
11) Sebelum badan melepasi palang,
bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1)
Pelajar
perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.
2)
Pastikan
tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
3)
Tiang
hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.
4)
Palang
mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh
ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.
KESIMPULAN
Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah
dan perkembangan yang menarik. Setelah
melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi
undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan
lagi acara lompat tinggi.
Secara
keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi
yang kompleks ini. Segala teknik yang
dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.
Apa
yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan
dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan
amalan tentang pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat
tinggi. Apatah lagi dengan perancangan
sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi untuk memantapkan
atlit.
Segala
bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal
acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.
SALAM...INFO YANG MEMBANTU..MOHON SHARE YA..BARAKAH ALLAH ATAS KAMU..
ReplyDelete