b) Berikan sekurang-kurangnya enam ciri-ciri insan yang bermoral. Bincangkan cirri-ciri tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam. Berikan contoh yang relevan dengan situasi kehidupan.
b) Berikan
sekurang-kurangnya enam ciri-ciri insan yang bermoral. Bincangkan cirri-ciri
tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam. Berikan contoh yang
relevan dengan situasi kehidupan.
1)
Menghormati
autoriti
Huraian dan contoh
|
Insan yang bermoral ialah
insan yang mempunyai sifat hormat menghormati antara satu sama lain.
Menghormati autoriti merangkumi ahli keluarga, saudara mara, rakan dan
masyarakat perlu menjadi asas bagi mencapai ciri insan yang bermoral .
Menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa adalah sangat penting
bagi mencapai kesejahteraan dan mendapat keberkatan dalam hidup. Menderhaka
kepada ibu bapa merupakan satu dosa besar dan mendapat kelaknatan daripada
Pencipta. Sekiranya kita ingin dihormati oleh orang lain, kita perlulah
menghormati orang lain terlebih dahulu.
Contohnya, seorang guru
sentiasa dihormati oleh masyarakat kerana tugasnya yang begitu besar mendidik
anak bangsa dan guru juga mempunyai etikanya tersendiri iaitu menghormati
autoriti.
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Dalam
kitab Old Testament terdapat
sepuluh commandment peraturan yang
telah diwahyukan kepada Jesus Christ dan salah satu daripadanya ialah
hormatilah ibu ayahnya.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Pengajaran di dalam ajaran Confucius
menekankan kepentingan kehidupan bermasyarakat dan institusi keluarga. Lima
jenis perhubungan baik di dalam ajaran Confucius menetapkan peranan individu
dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami
dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Beliau menegaskan
bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus
menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua.
Terdapat dalam salah satu teori
Dharma (etika hindu) iaitu menghormati orang yang lebih tua.
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Ajaran Islam mewajibkan
setiap penganutnya menghormati orang lain terutamanya ibu bapa yang telah
melahirkan kita ke dunia ini. Saranan ini diperkukuhkan lagi dengan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjanjika
syurga kepada mereka yang taat kepada ibu bapanya.
|
2)
Berbudi
pekerti mulia
Huraian dan contoh
|
Berbudi pekerti mulia dan merangkumi
pelbagai aspek sama ada dari segi percakapan atau pertuturan yang berbudi
bahasa dan tingakah laku atau perbuatan yang sopan. Seseorang yang berbudi
pekerti mulia kebiasaannya mudah disenangi oleh masyarakat disekelilingnya
dan sentiasa dihormati serta disayangi oleh orang lain. Bagi mencapai ciri
berbudi pekerti mulia ini, setiap insan perlulah menghiasi diri mereka dengan
sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan disenangi sama ada hubungan
dengan Pencipta, ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, rakan dan masyarakat.
Sebagai contoh, setiap muslim akan
menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi dan tauladan
atas sifatnya yang berbudi pekerti mulia.
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Wallace,
J.D. (1978) yang banyak membincangkan tentang akhlak mulia (virtues) dan kelakuan jahat (vices). Beliau juga telah banyak memberikan
bukti bahawa keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang
manusia serta ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat.
Feng, Z
(1993) dalam laporannya tentang pelaksanaan Pendidikan Moral di
sekolah-sekolah negara barat, telah mengemukakan kenyataan bahawa
perkembangan akhlak yang mulia pada diri seseorang pelajar semasa
pembelajaran di sekolah merupakan kurikulum yang utama dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Pandangan timur iaitu Aristotle,
berpendapat keperibadian mulia termasuklah kemurahan hati. Keperibadian mulia
yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik seperti
kemurahan hati. Beliau juga menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah
kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan memerlukan latihan
dan mengamalkanya sehingga ia menjadi kebiasaan pada diri seseorang itu.
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Potongan ayat suci Al-Quran:
`Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu iaitu
bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan
dia banyak menyebut Allah’
(Surah Al-Ahzab, 21)
|
3)
Tetap
pendirian
Huraian dan contoh
|
Insan yang bermoral
ialah insan yang tetap dengan pendiriannya dan tidak goyah jika ditimpa
sebarang musibah atau disogok dengan sebarang kesenangan. Insan yang tetap
pendirian akan tegas dengan prinsipnya dan tidak akan sesekali
menggadaikan prinsipnya untuk memenuhi kehendak nafsu atau untuk kepentingan
dirinya dan orang lain.
Contohnya, insan yang
tetap pendirian tidak akan sesekali berbohong untuk mencapai kesenangan
dengan mudah seperti ketika menghadapi peperiksaan. Malah, insan seperti ini
akan sentiasa menjaga amanah dan tidak akan menipu dengan meniru semasa
peperiksaan. Kejayaan yang diperoleh adalah berlandaskan usahanya sendiri dan
bukan dengan menipu di dalam peperiksaan kerana insan tersebut mempunyai
prinsipnya yang teguh dan tetap.
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Brandt
(1979) menyatakan seseorang individu mesti mempercayai justifikasi bagi
motivasi, perasaan berdosa, sikap bersetuju, perasaan menyanjungi, dan
lain-lain yang ada padanya. Satu contoh justifikasi tersebut adalah mengenai
agama, menganggap bahawa prinsip-prinsip
moralnya
ialah kehendak Tuhan, maka dia akan berpuas hati dengan kemoralannya dan berasa
rasional untuk melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan
kebajikannya sendiri dalam jangka masa
panjang.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Ditunjukkan oleh
semangat juang Mahatma Ghandi yang mempunyai filosofi hidup yang dianut dan
dijalaninya dengan teguh, berikut merupakan petikan daripada kata-kata beliau
yang teguh dan tetap pendiriannya bagi memperjuangkan kemerdekaan India,
“Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat
menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan pikiranku”.
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Dijelaskan melalui kisah sumayyah
binti Khayyat yang tetap pendiriannya dalam menyatakan agamanya ialah agama
Islam. Pelbagai dugaan telah dilaluinya termasuk terpaksa mengorbankan ahli
keluarganya demi menyatakan bahawa Allah SWT adalah Tuhannya dan Islam adalah
agamanya. Kisahnya sering menjadi pedoman sebagai inspirasi bagi meneguhkan
dan menetapkan iman kepada Allah bagi setiap muslim.
|
4)
Berdisiplin
Huraian dan contoh
|
Berdisiplin merupakan satu ciri
insan bermoral yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Berdisiplin boleh
didefiniskan dengan pelbagai makna seperti patuh kepada peraturan, menepati
masa dan banyak lagi. Patuh kepada peraturan khususnya kepada peraturan atau
undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah institusi adalah perlu, begitu
juga juga dengan ajaran yang ditetapkan oleh sesebuah agama.
Contohnya, jika melakukan perkara
yang dilarang dan ditegah oleh ajaran agama seperti menyertai aktiviti yang
tidak berfaedah dan memudaratkan seperti black
metal, skin head dan banyak lagi adalah satu tindakan yang tidak
berdisiplin dan akan menyebabkan pelaku mendapat dosa disamping merosakkan
sahsiahnya. Insan yang berdisiplin akan sentiasa menepati masa dan tidak
melengah-lengahkannya. Menepati masa adalah sangat penting kerana masa akan
berlalu pergi dan tidak akan sesekali kembali. Oleh itu, tidak menepati masa
merupakan satu kerugian yang besar kepada seseorang
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Emmet, d.
(1987) memberikan penjelasan tentang
tujuan
manusia mengadakan peraturan, iaitu manusia lebih cenderung dalam mematuhi beberapa
peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi perhubungan
dengan orang lain.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Ajaran Confucius menekankan
kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara.
Etika hindu yang menggalakkan
penganutnya mematuhi disiplin dengan melaksanakan ajaran agama Hindu dan
melaksanakan upacara ibadat kepada tuhan mereka.
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Menurut agama Islam,
menepati masa adalah sangat penting sehingga terdapat satu surah di dalam
Al-Quran yang dikenali sebagai ‘Al-Asr’
yang menekankan kepentingan menghargai masa dan kerugian melalaikan masa.
|
5)
Mesra
dan ramah
Huraian dan contoh
|
Bersifat mesra dan ramah adalah
sangat penting dalam mengekalkan ukhuwah dan silaturrahim sesama manusia.
Insan bermoral yang mesra dan ramah adalah insan yang sentiasa prihatin dan
mengambil berat terhadap keadaan sekeliling serta tidak meninggi diri.
Contoh insan yang mempunyai ciri
bermoral seperti ini tidak lokek dengan senyuman, sentiasa memberi salam dan
senyuman dan tidak jemu bertanya khabar. Mempunyai sikap mesra dan ramah akan
mendatangkan keselesaan kepada orang lain untuk mendampingi kita dan sentiasa
disayangi oleh masyarakat sekeliling.
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Nagel,
Thomas (1970) dalam buku The possibility of altruism menjelaskan
perkataan altruisme sebagai “Sesuatu
sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin
terhadap orang
lain”.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Confucianisme berasaskan ajaran
Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan
perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal
pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di
merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan
hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Islam merupakan agama yang menggalakkan
penganutnya bersikap mesra dan ramah mengikut sifat-sifat Ibadurrahman
sebagai firman Allah SWT
“Sifat
Ibadurrahman yang kedua adalah sifat Murah Hati saat bergaul dengan manusia,
terutama dengan orang-orang yang jahil dan bodoh’
“… dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, maka
mereka mengucapkan kata-kata yang baik (yang mengandung keselamatan,”
(Q.S. Al Furqan: 63)
|
6)
Pemaaf
Huraian dan contoh
|
Sikap saling maaf memaafi perlu
dipupuk untuk mengecapi hati yang bersih dan jiwa yang tenang. Insan yang
bersifat pemaaf akan sentiasa berada dalam keadaan yang ceria kerana sentiasa
berfikiran positif, tidak terburu-buru dalam melakukan pertimbangan dan tidak
menanggung dendam yang akan membawa kemudaratan. Pemarah merupakan lawan
kepada sifat pemaaf, insan yang pemarah akan sentiasa berasa tertekan dan
mudah melakukan tindakan yang melulu
seperti meninggikan suara dan memukul. Malah, sikap pemarah juga akan
menyebabkan perasaan benci kepada sesuatu perkara timbul dengan mudah
disamping menjadikan fikiran sentiasa pesimis dan paranoid.
Contohnya, insan yang pemaaf akan
mudah meleraikan pergaduhan dan memperbaiki hubungan dalam sesebuah ikatan
persahabatan. Sekiranya tiada sifat pemaaf dalam diri seseorang individu,
pertengkaran yang berlaku akan berlanjutan tanpa sebarang peleraian.
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Warnock,
G.J. (1976) menitikberatkan keadilan,
kasih
sayang, dan keengganan menyakiti orang lain secara fizikal atau mental.
Ashmore,R,
(1987) memberikan penjelasan yang terperinci tentang keperibadian mulia (virtues)
yang diperoleh dan dikaitkan dengan
tabiat (habits) yang dibentuk
kemudian.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Dalam kitab suci Sikh terdapat
unsur-unsur kemoralan (Sikh Missionary
Centre, 1990) mementingkan komponen perhubugan antara manusia dengan
mengikis lima perkara yang tidak baik secara moral iaitu dorongan hawa nafsu,
tamak, keghairahan dengan kehidupan duniawi, kemarahan dan keangkuhan.
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Islam menggalakkan sikap pemaaf ini
dipupuk berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan
orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang
yang berbuat kebajikan.”
(Surah Ali Imran, ayat 132).
Nabi Muhammad bersabda:
“Bukanlah
orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan,
sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika
marah.”
(Hadis riwayat Bukhari).
|
7)
Berkepimpinan
Huraian dan contoh
|
Insan yang bermoral perlulah
mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Kepimpinan yang
dimaksudkan ialah mampu membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira faktor-faktor
lain dengan sendirinya dan mampu menjadi ketua atau pemimpin kepada orang
lain. Sifat kepimpinan yang ada perlulah seiring dengan sahsiah dirinya yang
mampu menjadi contoh kepada orang lain atau anak buahnya. Kebiasaannya,
seorang pemimpin akan menjadi contoh atau role
model kepada orang lain.
Contohnya, seorang bapa yang
bertindak sebagai ketua dan pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Isteri dan anak-anak akan menjadikan suami atau bapa sebagai contoh dan bapa
perlulah menyerlahkan sifat kepimpinan dalam dirinya dan menunjukkan sahsiah
diri yang mahmudah disamping bertindak sebagai ketua keluarga yang
berkaliber.
|
Perspektif pemikiran Barat
|
Menurut
Grassian,V. (1981), untuk menyelesaikan masalah dilema moral, selain daripada
menggunakan kebijaksanaan atau intelektualnya (keperibadian mulia) dan
merujuk peraturan-peraturan masyarakat, seseorang individu juga perlu
memberikan pertimbangan kepada prinsip-prinsip moral yang sentiasa digunakan
olehnya secara konsisten.
|
Perspektif pemikiran Timur
|
Confucius percaya bahawa pemimpin
mestilah menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Keluarga yang
baik akan menjadi tunggak dalam membentuk masyarakat yang baik dan murah
hati. Contohnya, orang yang berkuasa mestilah menjadi murah hati dan baik
terhadap sesiapa tanpa mengira siapa oang itu, dari mana dia datang dan asal
keturunannya.
|
Perspektif pemikiran Islam
|
Menurut pandangan Islam, Nabi
Muhammad SAW merupakan satu contoh insan yang mempunyai sifat kepimpinan yang
dihormati dan disegani. Setiap bait perkataan yang dikeluarkan oleh Baginda
akan dituruti dan dijadikan pedoman.
Begitu juga dengan kepimpinan khulafaur Rasyidin seperti berikut;
Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M), 'Umar bin khaththab ra
(tahun 13-23 H/634-644 M), 'Utsman bin 'Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M),
Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M) dan Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M).
|
boleh emailkan nota ni?
ReplyDeleteya saya mahu 10 ciri ciri
ReplyDeletegoyard handbags
ReplyDeletejordan 11
bape hoodie
off white jordan 1
longchamp outlet
moncler
michael jordan shoes
yeezy boost 350
longchamp handbags
golden goose outlet