TEORI TELEOLOGIKAL
TEORI TELEOLOGIKAL
Teleologikal
berasal daripada perkataan ‘telos’ yang bererti matlamat. Teori Teleologikal mengatakan nilai betul
atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ertinya jika perbuatan itu member lebih
banyak kebaikkan maka ia perlu dilakukan. Teori ini amat mementingkan hasil akibat
sesuatu tindakan(konsekuensialisme).
Bagi ahli teologi,nilai moral adalah tindakan seseorang bergantung
kepada nilai bukan moral yang dihasilkan mereka. Oleh itu teori ini menetapkan apa yang baik
atau yang wajib secara bukan moral. Maka
untuk mengentahui sama ada apa yang dilakukan itu baik,betul atau wajib secara
bukan moral(Frankena,1973).
Teleologis juga mempunyai pandangan
yang berbeza tentang apa yang baik secara bukan moral. Ada yang berfikir seperti hedonis(mengenal
pasti apa yang baik dengan keseronokan dan yang buruk dengan keseksaan) dan ada
yang berfikir bukan seperti hedonis(mengenal pasti yang baik dengan
kuasa,ilmu,kesedaran diri,ketepatan dan lain-lain). Teleologis juga berbeza pendapat tentang
siapa yang menerima kebaikan atau keburukan.
Oleh yang demikian pelbagai teori teleology telah wujud. Antaranya ialah Utilitarianisme dan Egoisme.
Comments
Post a Comment