click ni ye!

Monday, May 28, 2012

UTILITARIANISME


UTILITARIANISME

Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud berguna.  Istilah Utilitarianisme membawa maksud tingkah laku moral yang menghasilkan kebaikkan yang maksimum ke atas semua pihak.  Orang yang mempelopori teori ini menurut Warnock(dalam Mills 1964), ialah Jeremy Bentham(1748-1832).  Beliau telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisis kuantiti keseronokan iaitu kalkulus hedonistik.  Beliau memperuntukkan setiap faktor dengan satu nilai yang boleh dianalisis.
Berdasarkan analisi tersebut,tingkah laku bermoral dapat di tentukan.   Tingkah laku yang dapat member kegembiraan dan keseronokkan kepada semua pihak dikatakan satu tingkah laku yang baik dan bermoral.  Untuk menentukan tingkah laku bermoral atau tidak,setiap unsur moral/nilai dianalisis,mengikut kuantiti tertentu dari segi kesengsaraan dan keseronokannya.  Agak sukar untuk menentukan tahap keseronokkan(nilai betul) dan kesengsaraan (nilai salah) sesuatu tindakan itu kerana mungkin sesuatu tindakan itu dianggap betul dan diterima oleh sesuatu masyarakat tetapi dianggap salah dan tidak diterima oleh masyarakat lain.
Bagi menentukan salah atau betul sesuatu tindakan itu,aspek peraturan moral perlu diambil pertimbangan sewajarnya.  Untuk menentukan keseronokkan dan kesengsaraan ,  sesuatu tindakan mestilah bersesuaian dengan peraturan atau undang-undang moral universal.  Undang-undang universal ini mesti mengandungi tiga elemen penting iaitu yang pertama ialah sesuatu prinsip atau peraturan mestilah diterima dan dipatuhi setiap masa.  Kedua ialh menghormati manusia bukan memperalatkan manusia.  Yang terakhir ialah pihak yang bertanggungjawab menerima tindakan sekiranya berada di tempat yang teraniaya.
Walaupun agak sukar untuk mengukur tahap keseronokkan dan kesengsaraan Bentham mengemukakan satu kaedah mengukur keseronokkan dan kesengsaraan melalui “kalkulus hedonistic”.  Beberapa elemen telah dikenalpasti boleh digunakan untuk menentukan tahap keseronokkan dan kesengsaraan.
Ada tujuh elemen yang perlu diberi pertimbangan bagi mengukur tahap keseronokkan dan kesengsaraan.  Setiap elemen ditentukan tahap keseronokkan dan kesengsaraan dengan satu skala ukuran iaitu -1 hingga -10 dan t1- t10.  Tanda – di hadapan menunujukkan tahap kesengsaraan manakala tanda t di hadapan nombor menunjukkan tahap keseronokkan.  Tujuh elemen yang yang perlu dipertimbangkan itu ialah Kedalaman(intensity), Kelamaan(duration), Kepastian(certainly), Kesegeraan(propinquity), Kesedaran(fecundity), Keberkesanan(purity) dan Had(axtent).
Bagi menjelaskan utilitarianisme,  teliti kes yang berikut:
Anda sebagai ejen di sebuah syarikat ski cepat kaya(SCK),  berasa lega kerana telah mendapat peratus keuntungan kerana berjaya mendapatkan pelabur baru,walaupun anda sedar bahawa pelabur itu telah tertipu.  Sementara itu,pelabur yang anda pujuk telah menjual tanah dan keretanya demi untuk melabur dengan harapan mendapat pulangan dengan cepat dan mudah.  Peringkat awal syarikat anda member pulangan yang telah dijadualkan.  Bagaimanapun,akhirnya syarikat anda tidak member apa-apa pulangan lagi,bahkan pelaburan pokok pun dilesapkan.
            Kedalaman ialah kesan pengalaman pelabur melabur satu kesengsaraan kerana menjual harta benda untuk melabur katakan -10 menggambarkan kesengsaraan tersebut.  Bila mendapat dividen/pulangan hasil daripada pelaburannya dalam masa yang singkat, pelabur berasa seronok.  Untuk itu tahap keseronokkannya adalah +7. Bagaimanapun, setelah diseimbangkan,pelabur masih sengsara kerana pulangan yang diterima tidak dapat menampung pelaburan yang dikeluarkan.  Tahap kesengsaraan itu ialah -3 iaitu kesengsaraan awal -10 dan keseronokkan mendapat dividen t7.  Bagi pihak anda pula,  keseronakkan t10 berlaku kerana mendapat keuntungan bila mendapat pelabur baru.

            Kedalam ialah elemen untuk menentukan lamanya keseronokkan atu kesengsaraan itu berakhir.  Mendapat dividen atau pulangan daripada pelaburan adalah pengalaman yang menyeronokkan (katakan t10)  terutama jika semua dividen itu dibelanjakan.  Keseronokkan ini menjadikan pelabur bersifat tamak dan mahu  melabur lagi(katakan 50% dilaburkan lagi).  Ini bermakna satu kesengsaraan(-5)  kerana sebahagian dividen yang sepatutnya dibelanjakan telah dilaburkan kembali.  Setelah diseimbangkan tahap keseronokkan pelabur hanyalah t5.  Bagi anda pula,keseronokkaan yang amat sangat dirasai(t10) kerana bila pelabur kembali melabur,bermakna satu keuntungan bagi anda.
            Kepastian(certainly) ialah keseronokkan peringkat awal bertukar menjadi kesengsaraan bila pelabur hilang harta benda dan pelaburannya -10.  Anda berasa kerugian kerana sentiasa diganggu oleh pelabur untuk bertanya tentang dividend an pelaburan yang telah dijanjikan dahulu.(katakan -7).
            Kesegeraan (propinquity) ialah apabila pelabur mendapat kesengsaraan apabila mengeluarkan duit untuk pelaburan() manakala anda mendapat rasa seronok t10 kerana mendapat keuntungan hanya dengan memujuk pelabur tanpa mengeluarkan sesen pun modal.
            Kesedaran(fecundity)  pula adalah apabila pelabur berasa seronok kerana mendapat dividen,tetapi bertukar kepada sengsara kerana hilang kesemua pelaburannya -10, manakala anda juga tidak merasa seronok (katakana -8) kerana sentiasa dikejar oleh pelabur tersebut.
            Keberkesanan (purity)bagi pelabur  berlaku apabila bukan sahaja idak mendapat pulangan tetapi wang pokok juga tidak diperolehi lagi,  jadi tahap kesengsaraan -10.  Bagi anda,perasaaan bersalah wujud kerana tidak dapat memberi pulangan kepada pelabur dan aktiviti terhenti kerana syarikat muflis.  Bagaimanapun ,mungkin perasaan itu tidak seteruk pelabur kerana banyak mendapat keuntungan di peringkat awal (katakana -5).

            Had (extent) yang dapat dijadikan contoh dalam cerita diatas adalah ,kedua-dua pihak pelabur dan penganjur akan berasa sengsara kerugian sekiranya anda ditangkap polis katakana -10 kerana pelabur hilang pelaburannya manakala anda di dakwa.  Pada pihak yang lain pula seperti ahli keluarga kedua-dua pihak pelabur dan penganjur akan menerima kesan secara tidak langsung kehilangan harta dan akan didakwa.  Tahap kesengsaraan pihak lain (katakan -3).
Tahap kesengsaraan  dan keseronokkan boleh dikira  dengan membuat satu jadual seperti berikut:

ELEMEN PERTIMBANGAN KES
PELABUR
ANDA
1
Kedalaman / Intensity
-7
t 10
2
Kelamaan / Duration
t 5
t 10
3
Kepastian / Cetainly
-10
-7
4
Kesegeraan / Propinquity
-10
t 10
5
Kesedaran/ fecundity
-10
-8
6
Keberkesanan / Purity
-10
-5
7
Had / Extent
-10
-3

JUMLAH
-57
t 7

Didapati tahap kesengsaraan -52 lebih tinggi berbanding tahap keseronokkan iaitu hanya t7.  Jadi jelaslah bahawa perlakuan memujuk pelabur itu adalah perlakuan yang tidak bermoral kerana kesengsaraan berkali ganda tingginya berbanding dengan keseronokkan.

Kelemahan kalkulus hedonistic Bentham ialah:
a)     Intensiti keseronokkan bersifat subjektif sebab perasaan individu berbeza.
b)    Kualiti keseronokkan seseorang tidak sama
c)    Mengukur kuantiti keseronokkan dan kesakitan amat sukar pada masa yang berlainan dengan pengalaman yang berlainan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India